Zikir Cuci Hati

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk berkongsi. Pagi ini, suka saya berkongsi tentang hikmah zikir. Perasan atau tidak, kita kadangkala seringkali terlepas cakap perkataan-perkataan yang negatif. Terutamanya apabila kita sedang marah. Ada baiknya kita cuba menukarkan kata-kata negatif kepada kalimah-kalimah zikir yang dapat menenangkan hati.

Sudah menjadi lumrah seorang hamba untuk berasa dekat dengan Penciptanya. Jika kita ada masalah, mengadulah pada Allah. Alhamdulillah, doa dan zikir boleh menjadi dialog kita dengan Allah SWT. Apabila kita sentiasa ingat kepada Allah, maka, Allah juga akan ingat pada kita.

" Maka berzikirlah (untuk mengingati) kepadaKu, nescaya Aku akan mengingati kamu sekalian."
Surah Al Baqarah: 152

Zikir adalah perbuatan yang mengingatkan kita kepada Allah Taala dengan menyebut kalimah-kalimah tertentu. Menurut buku Doa & Zikir Harian oleh Ustaz Zahazan Mohamed, zikir itu boleh dilakukan dalam 3 bentuk.

1) PERBUATAN - contohnya seperti ruku', menggunakan tasbih, alat pembilang (counter)
2) LIDAH - ianya merujuk kepada sebutan
3) HATI - juga dikenali sebagai zikir sirri atau zikir khafi

Tak tahu nak zikir apa? Rasa tak sempat nak zikir lepas solat? Hmmm....alasan je tu. Sekarang ini, ada pelbagai cara yang kita boleh lakukan untuk mendapat maklumat tentang zikir atau menggalakkan kita berzikir. Kita boleh cari maklumat tentang zikir di laman web, kita boleh beli buku kecil tentang zikir, boleh zikir guna counter. CD zikirpun banyak dijual di pasaran. Kita boleh mainkan CD tersebut di dalam kereta setiap kali pergi dan pulang dari tempat kerja. Tiada CD player? Takpe, bukalah ikim.fm. Sungguh bermakna teknologi itu jika kita dapat gunakannya untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Alhamdulillah, anak saudara saya Umar (4 tahun) juga pandai berzikir. Anda juga pasti boleh melakukannya.



|Buku Doa & Zikir, hadiah dari Annisa|


|CD Zikir Terapi Diri-Sudah berminggu cari di Kelantan, tapi tak jumpa. Alhamdulillah, akhirnya dapat beli di salah sebuah kedai di Shah Alam minggu lalu|

Anda dipersilakan lawati alamat berikut:

http://wiriddandoa.blogspot.com/
http://1khalifah.wordpress.com/


~~~


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...