Meniru itu Kacang


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, ada sedikit masa untuk kemaskini blog. Saya baru sahaja habis mesyuarat dari jam 2.30 petang tadi. Jadi, walaupun sekarang musim cuti bagi pelajar diploma, jangan ingat pensyarah-pensyarah diploma tiada kerja langsung. Ada banyak kerja kami perlu selesaikan.

Baiklah, ketika awal-awal musim peperiksaan diploma bermula (bulan Mac 2012), saya berkesempatan menyiapkan poster berkaitan meniru. Saya tampalkan poster tersebut di hadapan bilik. Harap-harap poster ini bermanfaat.

Bagi peniru-peniru tegar, mungkin mereka akan mengatakan " meniru itu kacang". Maklumlah, teknologi semakin canggih. Pelajar pula kaya-kaya. Jadi, mereka boleh simpan slide nota dalam blackberry, iPhone dan sebagainya, atau mereka juga boleh bermesej-mesej dengan rakan di dalam mahupun di luar kelas.

Situasi ini cukup membimbangkan saya. Memang agak bimbang jika pelajar-pelajar tidak sempat atau sengaja tidak sempat ulangkaji sebelum peperiksaan, tetapi apa yang lebih membimbangkan saya adalah akhlak mereka yang seolah-olah lebih takut pensyarah daripada takutkan Allah (Na'uzubillah). Apa tidaknya, apabila pensyarah pandang, si peniru beraksi seperti biasa, tetapi, apabila pensyarah melihat ke arah lain, sibuk si peniru itu melihat nota. Bukankah Allah itu Maha Melihat? Allah tahu setiap perbuatan kita termasuklah apa yang ada dalam hati kita.

Ada para pelajar yang berpegang kepada "boleh meniru dalam ujian, tapi tidak boleh meniru dalam peperiksaan". Katanya, jika ujian tidak strict sangat. Maaf jika saya katakan, sesiapa sahaja yang bersetuju dengan kenyataan ini, tentu dia sangat bodoh. Ops!! terkasar sedikit bahasa saya. Allah bukan sahaja melihat anda ketika peperiksaan akhir tetapi SETIAP SAAT dalam kehidupan anda. Kalaulah saya tahu nilai yang lebih pendek dari saat itu, pasti akan saya letakkan nilai tersebut.

Lihatlah bagaimana cara pemikiran para pelajar kaki tiru ini. Sungguh menyedihkan..
Akhir kata, jemputlah baca poster. Terima kasih.

|Klik & Simpan|


|Kita jangan asyik komen, kena juga bagi motivasi dan alternatif|


~~~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...