lol



~~~

Dakwah


~~~

Aqidah


~~~

Jaga Pandangan, Jaga Pendengaran





~~~

Masihkah terikat dengan JAHILIYYAH?

Adakah anda tahu apa itu jahiliyyah? Pentingkah untuk kita mengetahui tentangnya?

Sayidina Umar alKhattab berkata: "Sesungguhnya kemuliaan, keagungan, kekuatan Islam akan terhakis satu demi satu, jika masih terdapat di kalangan orang Islam yang tidak mengenal erti jahiliyyah."

Jadi, apa itu jahiliyyah sebenarnya?

Jahiliyyah merupakan suatu cara hidup yang berpandukan akal dan nafsu. Kehidupan jahiliyyah
adalah jauh dari panduan Ilahi, manusia melakukan sewenang-wenangnya untuk memuaskan hati dan nafsu mereka. Maka, sekiranya anda menganggap jahiliyyah itu wujud pada zaman Nabi s.a.w sahaja, anda silap besar. Elemen-elemen jahiliyyah masih berlaku KINI dan ia berlaku di hadapan mata kita semua... Lihatlah dengan mata hati.


Tahukah anda? Di Malaysia (Negara Kita | Agama rasmi= ISLAM)

1) 1 kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat (http://berita-harian-online.com/statistik-anak-luar-nikah-di-malaysia/)

2) Sehingga tahun 2008 sahaja, 8,809 pelajar berumur antara 7-18 tahun ditahan atas kesalahan JENAYAH (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm)

3) Juga dalam tahun 2008, 72.7 % pelaku jenayah dalam kalangan pelajar adalah MELAYU (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm)


Antara ciri-ciri jahiliyyah termasuklah:

1) Penuh sangkaan (Ali Imran:154)
2) Cara hidup yang disulami nafsu, dunia dan kepentingan (Al Maidah:50)
3) Perhiasan/tingkah laku didasari keinginan dunia (Al Ahzab:33)
4) Fanatik terhadap kaum/kelompok dan sombong (Al Fath:26)

Dari ayat-ayat di atas, kita dapat simpulkan bahawa orang yang memiliki sifat jahiliyyah sangat mementingkan dunia dan cara hidup penuh dengan kesombongan dan sangkaan. Apa yang lebih parah lagi adalah apabila golongan ini tidak mahu mengambil hukum Allah sebagai sumber.

Semoga kita dijauhkan dari cara hidup dan tingkah laku jahiliyyah. Juga tidak sombong seperti mereka dan semoga kita semua berada tetap di jalan yang benar.


~~~




~~~



Senyumlah!

Senyum seindah suria
yang membawa cahaya
kau tersenyum
ku tersenyum
duniapun berseri
~~~

Hmm...rangkap lagu di atas cukup popular ketika zaman kanak-kanak saya. Setiap kali klip videonya tertera di kaca tv, saya akan turut menyanyi. Ramai yang menyangka senyum itu mudah namun, ramai juga yang mengambil remeh tentangnya.

Rasulullah SAW bersabda:

"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Senyum itu merupakan sedekah pada si pemberi dan merupakan penawar bagi si penerima .




~~~

Tidur oh tidur....

Musim cuti siswa siswi IPT telah lama bermula. Pada kebiasaannya, tentu ada di antara kita yang menghabiskan masa dengan bermain PS, berseronok, jalan-jalan, tengok wayang dan macam-macam lagi. Ada juga yang mempunyai misi berbakti kepada ibubapa sempena cuti mereka. Baguslah kalau begitu. Bila lagi ada masa bersama keluarga,kan? Apa yang saya sendiri takuti adalah apabila terlalu banyak tidur. Sekiranya kita tidak merancang aktiviti dengan baik, kita akan ada banyak masa terluang dan apabila terlalu banyak ruang kosong, mulalah berasa bosan dan mengisinya dengan tidur... Jadi, sama-samalah mengisi masa kita dengan sesuatu yang berfaedah..





~~~

Ole-ole Singapura

Salam...

Alhamdulillah, saya berpeluang ke Singapura buat kali kedua. Saya bersama teman-teman yang lainnya dapat berjumpa ramai sahabat di Singapura dan kami disambut dengan baik sekali. Sempena ziarah saya ke sana, saya berpeluang mengambil gambar pemandangan yang indah. Subhanallah!! Pemandangan yang sungguh mengkagumkan, bukti kekuasaanNya.

Inilah ole-ole dari saya. Beberapa gambar yang saya edit. Anda boleh simpan gambar ini untuk dijadikan latarbelakang desktop anda. Sekiranya anda mahu, silakan.


Nama: Cari Motivasi
Tempat: Nanyang Technological University
Nota:

Kata-kata yang tertera dipetik dari H.M Tuah Iskandar, seorang penulis dan ahli motivasi. Ulasan dari kacamata saya, sebagai seorang pelajar, anak, ibu, ayah mahupun siapa sahaja, kita haruslah sentiasa kuat dan berusaha untuk menjalani kehidupan. Andai kata kita berasa letih dan tidak kuat lagi, carilah motivasi diri agar mampu bangkit kembali....Apapun, semuanya terjadi atas keizinanNya. Tuhan yang Maha Hebat, Maha Berkuasa dan Maha Pemberi Rahmat...

Hasil:


----------------------------------------------


Nama: Making Choices
Tempat: Bedok Reservoir Park
Nota:

Kehidupan ini sentiasa penuh dengan pilihan. Pilihan untuk taat kepada agama, atau ingkar kepada agama. Pilihan untuk menyayangi keluarga atau membenci mereka. Pilihan untuk membantu agama atau menyepikan diri sahaja tanpa berbuat apa. Semuanya pasti ada pilihan. Berbekalkan akal dan hati, buatlah pilihan yang terbaik untuk diri anda agar tiada penyesalan di hari muka.

Hasil:


----------------------------------------------


Nama: Perfect Religion
Tempat: Arab Street
Nota:

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai Allahu Taala. Sekiranya anda telahpun muslim, dalamilah agama ini dan sekiranya anda belum Islam, belajarlah tentang agama ini. Pasti anda akan menemukan keindahan...Janganlah terus menolak Islam sekiranya anda belum pernah mengenalinya......

Hasil:


----------------------------------------------



----------------------------------------------


Nama: Sujud
Tempat: Masjid Al-Kaff Kampung Melayu
Nota:

Sebagai hambaNya, janganlah sekali-kali kita berasa sombong dan bongkak. Berjalan di bumi Pencipta dengan mendabik dada. Sekiranya kita memiliki kejayaan, kekayaan mahupun kemasyhuran, ingatlah..semuanya adalah dengan izin Allah. Tunduklah dan sujudlah kepadaNya dengan rasa penuh syukur dan rendah diri.

Hasil:


----------------------------------------------

~~~

Hiburan Islami: Showcase Maher Zain

"Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah,
Hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah...."

Alhamdulillah, pada 15 Oktober lalu, saya dan ezart berkesempatan ke konsert Maher Zain yang dianjurkan oleh Raudhatus Sakinah (sebuah pusat perlindungan dan bimbingan remaja putri). Kesibukan kami dengan kerja-kerja akademik terlerai seketika dengan hiburan islami dan penuh dengan mesej.

Pada mulanya, kami memang tidak bercadang untuk pergi ke konsert tersebut atas kesibukan kami. Beberapa hari selepas itu, kami diberitahu bahawa semua tiket telah habis dijual...Jadi, kamipun meneruskan kesibukan kami seperti hari-hari sebelumnya.

Hendak dijadikan cerita, seorang adik yang tinggal serumah dengan kami memberitahu ada kawan yang tidak jadi ke konsert, tetapi telah membeli tiket. Setelah berbincang, kamipun membeli tiket tersebut. Akhirnya, pergi juga kami ke sana.

Konsert ini adalah salah satu usaha Raudhatus Sakinah mencari dana untuk mengurus pusat perlindungan RS. Bukan senang nak mengurus dan membiayai semua kos-kos pelatih di sana. Saya berharap semua..maksud saya, SEMUA remaja putri dan wanita-wanita di luar sana untuk sentiasa menjaga diri, maruah, minda dan hati.

Mari kita doakan agar RS diTUTUP dan diHENTIKAN operasinya. Bukan berhenti kerana tidak peduli, bukan ditutup kerana tak berduit lagi TETAPI ketika itu...

tiada lagi remaja putri terlanjur diri,
tiada lagi remaja putri membuang bayi,
tiada lagi remaja putri bergaul bebas dengan lelaki,
tiada lagi remaja putri berfikir hendak bunuh diri,
tiada lagi remaja putri yang keluarganya tidak ambil peduli,
tiada lagi remaja putri pesong akidahnya dari hati...

Semoga ini menjadi kenyataan...



[bersama Ezart]


~~~

Umar & Aisha

Hmmm... Raya yang lepas, saya berpeluang jumpa anak-anak saudara. Dah lama tak jumpa mereka. Umar sudah petah berkata-kata dan Aisha pula semakin aktif berlari sini sana.


Antara kisah tentang mereka waktu raya:


1) Umar sungguh takut berdiri dekat kambing tapi Aisha masih boleh tersenyum.

2) Kedua-duanya takut kucing.

3) Aisha suka bermain dengan sikat dan menjilat bedak (bahaya sungguh). Tapi yang kelakarnya, ada satu hari tu Aisha jilat pipi abah dia...kelakar betul..

4) Ketika mandikan Umar di bilik air, dia memberitahu saya bahawa dia mahu jadi ustaz. Sejuk hati saya mendengar. Tiba-tiba Umar bertakbir dengan suara yang lantang "Allahu Akbar!". Dia berkata lagi "Alaa... ustaz yang dengan ular emas tu". Rupa-rupanya dia berada di bawah pengaruh drama TV. Hmmm...bagus juga kalau mesej yang diterima baik.... Nasib baik dia tak cakap nak jadi bomoh ular tu...Heee

5) Adakalanya Umar dan Aisha bergaduh-gaduh manja. Aisha tarik rambut Umar. Umar terus nangis. Nakal juga Aisha ni.

6) Kami sekeluarga dan saudara mara dah lama tak main bunga api dan mercun. Maklumlah, kesedaran dan semakin bertambah. Bila tak main bunga api, barang permainan Umar adalah kamera. Umar selalu cakap " Nak kamera besar, nak kamera besar...."

7) Raya kali ini sangat seronok. Terasa hubungan keluarga yang semakin erat dan bertaut. Alhamdulillah.... 



Umar Aleef



Aisha Kamilah


Sekitar Aidilfitri


~~~


Salam Aidilfitri

Salam... rasanya tak terlewat lagi untuk saya ucapkan salam lebaran untuk semua. Saya ambil kesempatan ini untuk mohon maaf dari semua sahabat handai atau sesiapa jua yang kenal diri saya. Semoga Ramadhan yang lalu mendidik jiwa kita menjadi seorang Muslim yang bertaqwa..,

UniGoogle 2010


Jom meriahkan unigoogle tahun ini!!!

Sampaikanlah

Misi ke Syurga

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan mereka syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh......."

AlQuran 9:111






Bertanya Sebanyaknya

Hakikat budaya malas membaca dikalangan masyarakat kita memang sudah jelas. Jadi, salah satu cara yang boleh kita lakukan bagi mendapatkan ilmu adalah dengan banyak bertanya. Walau bagaimanapun, bertanyalah kepada mereka yang sesuai. Jangan tanya tentang sesuatu perkara kepada orang yang tiada urusan dengan perkara itu atau kepada mereka yang membawa ajaran songsang Bijak memilih, bijak berkawan, bijak bertanya.


*Apapun, janganlah tidak membaca langsung....rugi bila kita tidak gunakan pinjaman Allah pada kita. Mata untuk membaca, tangan untuk pegang buku, minda untuk berfikir dan sebagainya...


Klik imej

Klik imej

Klik imej

Klik imej



~~~

Agama itu adalah Nasihah


"Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: 
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk
kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya."

(Hadis riwayat al-lmam Muslim)


Klik imej

Klik imej

Klik imej

Klik imej



~~~

Kenapa Masih Berdegil?


Saya tidak tahu bagaimana ingin menyampaikan maksud sebenar saya berkenaan topik ini. Namun, saya rasa kita sama-sama perlu muhasabah diri, menimbang tara nilai yang ada pada diri dan cuba memperbaiki sedaya mampu.


Suasana kini yang memudahkan kita mendapatkan maklumat dengan cepat menjadikan masyarakat lebih berinformasi tentang apa jua perkara dan isu. Kita boleh katakan semakin lama, masyarakat menjadi lebih terdidik dan berpelajaran. Namun, apa yang membimbangkan saya adalah apabila keegoan lebih meraja dalam hati, berbanding menyokong hakikat kebenaran. Apa yang dilakukan saban hari melawan arus sistem manusia dan kehidupan. Hidup kadangkalanya seperti tidak bertuhan (Nauzubillah)


Contoh mudah yang kita boleh sandarkan adalah seperti kes mencuri. Perbuatan mencuri di dalam apa jua agamapun adalah termasuk dalam nilai negatif. Islam juga menggariskan ia sebagai perbuatan yang tidak baik. Walau bagaimanapun, masih ramai lagi pencuri-pencuri yang sibuk bekerja di luar sana. Tidak gentarkah mereka kepada Tuhan? Mengapa kita perlu berdegil? Melawan songsang arus petunjuk? Sama-samalah kita fikirkan.


Ini cuma satu contoh. Banyak lagi persoalan yang kita sendiri perlu bangkitkan. Jawablah segala pertanyaan dengan hati, bukan ego mahupun emosi.


~~~

Tekanan Israel terhadap Relawan


31 Mei, 2010

Ekoran insiden serangan dari Israel terhadap kapal Mavi Marmara, dimaklumkan bahawa setakat ini jumlah kematian mencecah 16 orang dan tidak kurang 70 orang cedera. Walaupun bendera putih telah dinaikkan, tentera Israel tetap melepaskan tembakan kepada para relawan. Inilah yang ingin ditontonkan Israel kepada dunia betapa berkuasanya mereka dan betapa kejamnya mereka. Dunia seharusnya sedar bahawa Israel bukan sahaja musuh kepada Islam, malah kepada seluruh warga dunia. Kapal yang turut memuatkan warga emas, wanita dan kanak-kanak berusia setahun itu turut ditembak dengan gas pemedih mata oleh tentera Israel.


Marilah sama-sama turun padang bagi menunjukkan bantahan terhadap tindakan Israel ini. Anda digalakkan menyertai program berikut, anjuran Crisis Management Team CMT lifeline4gaza & Aqsa Syarif:

1. Penghantaran memo bantahan
Tarikh: 1 Jun 2010 (Selasa)
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Berkumpul di Tabung Haji menuju ke kedutaan Amerika

2. Demo Bantahan Besar-besaran
Tarikh: 4 Jun 2010 (Jumaat)

Sila aktifkan diri anda dengan mengikuti perkembangan isu ini serta sebar-sebarkan. Lawati:

facebook.com/aqsa.syarif
livestream.com/insaniyardim/
twitter.com/sahabatalaqsha
http://www.livestation.com/channels/3-al_jazeera_english_english
http://www.youtube.com/watch?v=xFEBbDkyrqQ&feature=channel
http://www.lifeline4gaza.org/
http://palestinkini.info/


*Terdapat beberapa rujukan web yang telah digodam...

~~~












~~~

Pelayaran Tertangguh

Sumber: lifeline4gaza | 25 May 2010



Terkini, pelayaran konvoi kemanusiaan antarabangsa ke Gaza terpaksa ditangguhkan seketika kerana masalah yang dihadapi oleh kapal daripada Greece yang tidak dapat tiba di perairan Cyprus seperti yang dijadualkan. Sebuah kapal penumpang dan 2 buah kapal kargo daripada Turki akan bergabung dengan 6 buah kapal daripada Greece, Sweden, England dan Ireland sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza. Menurut sumber IHH (Insani Yardim Vakfi) iaitu penganjur utama konvoi ini, kapal-kapal akan berlepas dari Pelabuhan Antalya setelah masalah tersebut selesai, mungkin dalam beberapa jam lagi.



Kira-kira 600 orang peserta konvoi daripada 45 buah negara yang akan menyertai konvoi kemanunisaan ke Gaza dengan menaiki kapal Mavi Marmara berkumpul di bandar pelabuhan Antalya di selatan Turki bagi membuat persiapan akhir sebelum bertolak. Sehingga malam tadi, seramai 547 orang telah hadir mendaftar diri dan menandatangani perjanjian setia di stadium bola keranjang Kepez Arena.



Peserta-peserta yang hadir pada malam tadi datang dari pelbagai negara, termasuklah daripada Malaysia, Belgium, Mauritus, Australia, Jerman, Kosovo, Mesir, Greece, Indonesia, Ireland, Itali, Sepanyol, Syria, Lubnan, Oman, Kuwait, Pakistan, Turkmenistan, Palestin, Afrika Selatan, dan negara tuan rumah Turki.

Baca selanjutnya di:

http://www.lifeline4gaza.org/


~~~






~~~

Misi Lifeline 4 Gaza: Adakah Kita Prihatin?






Setiap detik dan saat, saudara kita di Palestin kian diancam oleh keganasan yahudi. Gegaran dan bunyi dentuman bom di sana ibarat sebuah melodi. Ramai saudara kita dibunuh dengan kejamnya sesuka hati, tetapi masih utuh diri dan hati untuk memerangi musuh Islam yang sangat keji. Pemuda di negara kita sibuk menghibur hati, tetapi pemuda di sana sudah bersedia mengejar mati. Pemuda kita ramai yang memikirkan masalah peribadi berbanding mereka yang sibuk memikirkan strategi. Mungkin kerana kita berada di zon selesa membuatkan semangat juang kita nipis dan bersikap lebih pentingkan diri. Namun, saya percaya pada janji. Janji Allah taala bahawa kemenangan Islam itu suatu yang pasti. Prihatin rakyat Malaysia bertambah tinggi. Harapan saya agar ia terus bertambah dari hari ke hari. Sebarkanlah tentang misi ini dan doakan matlamat utama dapat dikecapi.


MISI Lifeline 4 Gaza | Talian Hayat untuk Gaza


Misi ini disertai kira-kira 45 buah negara termasuklah UK, Ireland, Algeria, Kuwait, Greece, Turki dan Malaysia. Kira-kira 800 orang sukarelawan turut serta dalam misi ke Gaza ini tanpa mengira agama dan negara. Malaysia diwakili oleh 11 orang sukarelawan terdiri dari gabungan NGO termasuklah Haluan Palestin, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Muslim Care, Yayasan Amal dan Aqsa Syarif. Misi ini turut disertai oleh 2 orang wartawan Astro Awani yang akan membuat liputan perjalanan mereka ke sana.


Pada hari ini, wakil-wakil misi berkumpul  di Antalya, sebuah pelabuhan di selatan Turki. Mereka dijadualkan bertolak ke Gaza pada keesokan harinya iaitu 25 Mei 2010 melalui Laut Mediterranean, menaiki 3 buah kapal kargo serta 5 bot penumpang yang turut memuatkan barang-barang bantuan seperti ubatan dan sebagainya. Perjalanan dianggarkan kira-kira 15 jam. 


Israel telah mengecam untuk menghantar 2 atau 3 kapal yang dipenuhi rakyat bersenjata bagi menghalang kemasukan sukarelawan misi ini. Ancaman ini disampaikan oleh Bulent Yildirim, Presiden IHH (Lembaga kemanusiaan internasional terbesar di Turki). Ancaman ini tidak mematahkan semangat semua penggerak misi, malah menjadikan mereka lebih bersemangat tinggi.


Liputan media serta penyebaran maklumat berkenaan misi ini amat diperlukan dan perlu diperhebat bagi meningkatkan keprihatinan semua rakyat Malaysia. Saya harap berita mengenai misi ini anda dapat sampai-sampaikan pada teman-teman yang lain. Kami mendoakan semua perancangan berjalan lancar. Terima kasih kerana mewakili kami rakyat Malaysia ke Gaza. 


Untuk maklumat lanjut, lawati:

http://www.lifeline4gaza.org/





~~~

Ole-ole Kemboja

Sempena pulang dari Kemboja, abang hadiahkan saya seekor gajah..Rasa kelakar pula dapat benda cute2 macam ni. Apapun, really appreciated.




Lirik Nasyid 1 | Forgive Me

 
Munsyid : Brothers
Source   : http://www.liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/152/brothers-for_give_me.html 


It's such a cold night
And it's so dark
Walking down the streets of memories

I'm here all alone
With no one by my side
It's only me thinking of you
With hands full of sin

Ho.. Allah here I come
Ho.. Allah I'm crying for forgiveness
Although I have betrayed you
So many times in the past
O lord, it's so fair for you to punish me

In the morning light
On a sunny day
Crying happy tears
Coz I'm free

I need you to guide me
Protect me don't ever leave me
Strengthen my faith light up my heart
With the light of iman

Ho.. Allah I want to thank you for saving me
Ho.. Allah thank you for giving me hope
I promise you I won't betray you
Any more a lord

I hope you'd always guide me
And lead me to happiness
With the ones you love
Together in paradise

Masa adalah Hidup

Sekiranya berkesempatan , saya gemar edit gambar untuk dijadikan wallpaper.  Hasil kerja tidaklah sekreatif mana memandangkan ilmu berkenaan dengannya cetek sahaja. Sekiranya berminat, anda boleh copy sebagai simpanan mahupun kegunaan peribadi....


klik imej


klik imej

 



Salahkah untuk Dia, Kamu dan Aku Berubah?


Situasi ini mungkin terjadi...


"Pasti ada saat di mana kita merasa bahawa kita perlu berubah. Ketika hati dan fikiran mula sedar akan segala kesilapan dan kesia-siaan yang dilakukan, hati mula merasa fitrah. Perasaan ingin membetulkan keadaan terus bercambah. Tetapi, di saat ini jugalah syaitan membisikkan kejahatan, masyarakat seolah-olah tidak memberikan sokongan, keluarga pula memberi sindiran, rakan-rakan mula berjauhan dan akhirnya, kita merasa keseorangan....."


Saya merasa pelik dengan dunia sekarang. Adakalanya, kita dapat melihat sesetengah masyarakat kini sudah terbalik justifikasinya. Perilaku yang buruk dilakukan secara terbuka dan tanpa kerisauan, perilaku baik dipandang serong dan penuh kepuraan. Jika dihuraikan topik ini, sudah tentu lebih banyak yang boleh diperkatakan.


"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (AlBaqarah: 222)


"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53)


Apabila kita katakan kita ingin berubah, sebenarnya itulah titik perubahan kita. Kita mula berfikir secara sedar akan tindakan sebenar yang perlu diusahakan. Perubahan mungkin tiba bilamana kita diubah oleh faktor luaran ataupun faktor diri sendiri yang ingin berubah. Samada kita ingin membuat perubahan secara 'diubah' atau 'berubah' bergantung pada pilihan kita.


Peperangan akan terjadi dalam hati dan minda. Kita mungkin akan merasa risau untuk membuat suatu perubahan. Mungkin sesetengah dari kita tefikir:


  • Aku takut untuk berubah...takut disindir dan diherdik orang sekeliling....
  • Aku takut untuk berubah...bimbang ia tidak bertahan lama....
  • Aku takut untuk berubah...aku tak layak kerana sudah biasa buat dosa....
  • Aku takut untuk berubah...mungkin hilang harta dan nama...
  • Aku takut untuk berubah...sekarang mungkin bukan masanya, tunggu masa tua, hati masih belum terbuka...


Ini mungkin sebahagian dialog di minda kita hasil dari acuan pendidikan yang kurang sempurna. Iman yang turun naik dalam diri kita adalah perkara biasa. Kita tidak seharusnya takut akan kemungkinan kesalahan yang kita bakal lakukan di hari muka, tetapi terus berusaha dari hari ke hari lainnya agar berada tetap dalam jalan kebenaran. Bekalkan dengan doa dan tawakkal kepada Allahu Taala. 


Kita juga tidak sepatutnya takut dengan persepsi buruk masyarakat luar. Tentulah kerana darjat mereka terlalu rendah berbanding sang Pencipta. Amatlah sedih sekiranya kita takut untuk membuat kebaikan kerana bimbang di 'cop' sebagai hipokrit dan sebagainya. Ini adalah salah satu ciri-ciri munafiq. Mohon dijauhkan....


Perubahan bergantung kepada apa yang kita masukkan dalam tubuh kita. Umpama cara pemakanan kita. Sekiranya terlalu banyak makanan masin diambil, kita mudah mendapat darah tinggi. Begitu juga dengan minda kita di mana, jika kita masukkan pemikiran negatif dan kotor, pemikiran ini jugalah yang akan merosakkan kita. Pemikiran yang penuh prasangka, dengki, keluhan  akan mengundang kekalahan. Akhirnya, kita sendiri tidak mampu untuk mengawal dan mengendali diri sendiri.


Kita boleh berfikir:


  • Aku mahu berubah sekarang...tak kisah apa masyarakat pandang, asalkan Allah sayang....
  • Aku mahu berubah sekarang...usaha dahulu, tambah doa buat kekuatan
  • Aku mahu berubah sekarang...Allah suka mereka yang bertaubat nasuha
  • Aku mahu berubah sekarang...pengorbanan pasti ada balasan kebaikan
  • Aku mahu berubah sekarang...tak tahu bila ajal bertandang


Marilah sama-sama berubah menjadi lebih baik serta mengajak orang lain menjadi baik. 



~~~


Birthday Dinner

Ntah macam mana saya boleh termasuk dalam program famili Ezat ni. Lepas kelas, Ezat dapat call dari kakak dan terus Ezat minta teman ke "big plate". Hmm....disebabkan perut yang semakin berkeroncong, saya terimalah ajakan Ezat ni. sebenarnya agak segan, tapi, bak kata Ezat...."tak perlu kot.."

Bukannya saya tak pernah tidur di rumah Ezat, tapi biasalah.....segan itu datang tiba-tiba. Anyway, thanks Ezat..


Birthday Girl, Ayah Ezat & Mak Ezat

 


Mawaddah | Anak buah Ezat yang comel

Aiseh... Gambar Ezat yang tak ada...


~~~

Xtvt Night Walk


Ini bukanlah night walk dalam hutan tapi night walk tengah bandar. Sangat menarik tempat ni sebab lampu yang berwarna-warni menjadi tarikan. Memang sesuai untuk keluarga bersantai. Tapi, ape yang tak bestnya, couple2 terlarang juga akan jadikan tempat ni tempat dating mereka...Sangat menyedihkan bila tempat yang cantik dicemarkan dengan adegan-adegan manja mereka. Bertindak di luar batasan tanpa sedikitpun rasa malu dan bersalah pada diri sendiri, keluarga dan agama. Hmmmm....tertukar topik pula. Dari nak cerita yang happy, cerita lain pula....

Tempat ni terletak di Shah Alam, berdekatan seksyen 7. Waktu saya dan Dyani tiba, ramai sangat orang. Ibubapa bersantai dengan anak-anak mereka. Seronok tengok. Saya rasa mesti pemaju tempat ni dah invest banyak $$$ untuk taman ni....




Lampu putih memang menyerlah


Angsa, bangau dan katak


 

Lepas snap gambar, saya dan Dyani balik rumah Dyani dan makan malam sambil buat assignment yang kian menggunung. Gunung2 menanti untuk diratakan oleh saya. Harap-harap, kalau ada masa lapang lagi, boleh kita keluar sama-sama untuk merehatkan minda.


~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...