Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Vietnam 2012


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pada tahun ini saya berkesempatan ke Vietnam bagi menghadiri majlis perkahwinan abang di sana. Cuaca ketika itu agak sejuk. Kami menginap di Zen hotel. Perkhidmatan mereka sangat memuaskan. Saya nak kongsi sedikit pengalaman sepanjang berada di sana.



|Ini adalah ruang kaunter Zen Hotel|



|Masjid al-Noor merupakan satu-satunya masjid di bandar hanoi. Muslim Vietnam yang berada di Hanoi tidaklah seramai di Ho Chi Minh, namun ketika solat Jumaat, masjid ini sangat penuh dengan muslimin muslimat yang kebanyakannya adalah 'foreigners'. Kita berharap agar jumlah muslim Vietnam semakin bertambah pada masa hadapan... Amien.|


|Ketika di sana, setiap kali kami berjumpa dengan buah-buahan yang juga ada di Malaysia, keluarga saya agak teruja (terutama Maksu). Buah-buahan di sana agak besar dan sangat manis.|


|Ini adalah kraftangan berbentuk pepatung. Ia dibuat oleh seorang lelaki lewat 40-an. Saya sungguh kagum dengan kesabaran dan kesungguhan beliau untuk mencari rezeki.|



|Sepanjang berada di Hanoi, saya dapati sungguh ramai penjaja terdiri dari kaum wanita.|


|Pemandangan di taman tasik sering dipenuhi dengan orang-orang tempatan yang sibuk bermain 'dam vietnam'. Apa yang mengecewakan adalah kerana mereka juga kuat berjudi..hmmm|


|Abang Saif dan Mai memberi laluan kepada beberapa orang wanita. Ceritanya, mereka ke hutan mengumpulkan ranting-ranting dan kayu-kayan untuk dijadikan bahan bakar ketika memasak. Saya sendiri cuba untuk mengangkat timbunan ranting tersebut... Keputusannya, negatif.. =) sedikitpun tak terangkat. Memang superwoman mereka ni.|



|Saya diberitahu bahawa harga sewa kedai sangat mahal. Jadi, ramai juga yang berniaga di tepi-tepi jalan. Termasuklah kedai gunting rambut ini.|


|Gambar ini diambil ketika kami menonton Water Puppet Show. Pertunjukkan ini penuh dengan kisah-kisah lagenda di vietnam.|



~~~


Visit Vietnam 2012 Slideshow: Kafaah’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Hanoi, Vietnam was created by TripAdvisor. See another Hanoi slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.



Selamat Datang Mai!!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pada bulan Mac yang lalu, keluarga saya mendapat seorang ahli baru. Majlis perkahwinan abang berlangsung dengan jayanya. Penuh kegembiraan dalam kesederhanaan. Kakak ipar yang setahun muda dari saya ini berasal dari Vietnam. Semoga perkahwinan ini diberkati Allah dan moga mereka berbahagia hendaknya..


~~~

Perkahwinan Saif & Mai Slideshow: Kafaah’s trip from Johor Bahru, Johor, Malaysia to Hanoi, Vietnam was created by TripAdvisor. See another Hanoi slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.


Umar & Aisha

Hmmm... Raya yang lepas, saya berpeluang jumpa anak-anak saudara. Dah lama tak jumpa mereka. Umar sudah petah berkata-kata dan Aisha pula semakin aktif berlari sini sana.


Antara kisah tentang mereka waktu raya:


1) Umar sungguh takut berdiri dekat kambing tapi Aisha masih boleh tersenyum.

2) Kedua-duanya takut kucing.

3) Aisha suka bermain dengan sikat dan menjilat bedak (bahaya sungguh). Tapi yang kelakarnya, ada satu hari tu Aisha jilat pipi abah dia...kelakar betul..

4) Ketika mandikan Umar di bilik air, dia memberitahu saya bahawa dia mahu jadi ustaz. Sejuk hati saya mendengar. Tiba-tiba Umar bertakbir dengan suara yang lantang "Allahu Akbar!". Dia berkata lagi "Alaa... ustaz yang dengan ular emas tu". Rupa-rupanya dia berada di bawah pengaruh drama TV. Hmmm...bagus juga kalau mesej yang diterima baik.... Nasib baik dia tak cakap nak jadi bomoh ular tu...Heee

5) Adakalanya Umar dan Aisha bergaduh-gaduh manja. Aisha tarik rambut Umar. Umar terus nangis. Nakal juga Aisha ni.

6) Kami sekeluarga dan saudara mara dah lama tak main bunga api dan mercun. Maklumlah, kesedaran dan semakin bertambah. Bila tak main bunga api, barang permainan Umar adalah kamera. Umar selalu cakap " Nak kamera besar, nak kamera besar...."

7) Raya kali ini sangat seronok. Terasa hubungan keluarga yang semakin erat dan bertaut. Alhamdulillah.... 



Umar Aleef



Aisha Kamilah


Sekitar Aidilfitri


~~~


Ole-ole Kemboja

Sempena pulang dari Kemboja, abang hadiahkan saya seekor gajah..Rasa kelakar pula dapat benda cute2 macam ni. Apapun, really appreciated.




Ziarah..

Pada hari Jumaat bersamaan 30hb Oktober, mak, abah dan saya pulang ke kampung (Mersing). Kami ingin menziarahi saudara sebelah mak yang baru sahaja keluar ICU akibat lelah teruk. Mereka tinggal di Muazzam Shah. Ketika perjalanan pulang ke Mersing, kami sempat singgah di rumah saudara di Rompin.

Keesokan harinya, kami keluar awal pagi kerana ingin sampai awal di rumah. Kami dikejutkan pula dengan berita kematian saudara sebelah Abah di Labis, Segamat. Tok Taib telah pulang menghadap Allah. Giliran kita masing2, tak tahu bila. Jadi, sama-samalah kita membuat persiapan.

Semoga Allah menempatkan Tok Taib dikalangan golongan yang dirahmatiNya..

Al-Fatihah

Pak Tam telah meninggal dunia. Moga dia ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Iringan doa sejahtera buat Pak Tam

Pagi 15 April, saya dikejutkan dengan sebuah berita. Pada jam 8.58 pagi, mak beritahu Pak Tam kemalangan. Pak Tam kemalangan ketika dalam perjalanan ke masjid untuk solat subuh. Pak Tam dimasukkan ke ICU kerana cedera teruk. Lepas mak telefon, panggilan dari abang Sa'eed dan abah pula menyusul. Kali ini, berita tentang Pak Tam diserang sakit jantung dan pendarahan dalaman. Pak Tam terpaksa melalui satu pembedahan untuk merawat luka dalaman. Doa saya agar Pak Tam cepat sembuh dan kembali sihat.

Bagi mereka yang masih diberikan nikmat kesihatan,beringatlah kita dengan Firman Allahu Taala :

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran” ( al-Ashr: 1-3).

Maka, apabila kita diberikan nikmat kesihatan, gunakanlah ia sebaiknya. Sebaliknya, jika kita ditimpa dengan ujian kesakitan, bersangka baiklah dengan Allah. Ingatlah akan kisah Nabi Ayub, ketika dia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang".

Allahu Taala A'lam~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...