Tahun Baru vs Azam Baru

Tahun baru

Salam..

Selamat datang tahun 2011. Sungguh cepat saya rasakan masa berlalu pergi berbanding ketika zaman sekolah rendah dahulu. Biasanya, apabila tibanya tahun baru, ramai orang memasang azam baru dengan harapan menjadi orang yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

Saya sempat bertanya pada emak " mak, apa azam tahun baru mak?". Mak saya kata " kalau boleh, mak nak tambah hafalan mak. Apa pula azam tahun baru anda?. Harapnya azam baik anda dan saya tercapai tahun ini.

Pengalaman menyambut perayaan tahun baru @ KLCC

Seumur hidup saya, baru sekali ini saya terasa ingin menyambutnya. Mungkin kerana perayaan tahun baru tidak berada dalam 'senarai perayaan penting' saya. Saja saya merancang menyambutnya di KLCC pada tahun tersebut (tak ingat tahun bila) untuk meraih pengalaman. Saya diberitahu bahawa terdapat program sambutan di masjid KLCC. Antara programnya adalah ceramah, konsert nasyid dan terdapat juga booth-booth dibuka. Bertemankan 5 orang rakan, kami bergerak ke KLCC dari Shah Alam menaiki bas dan komuter.

Saya sungguh teruja mendengar ceramah dari Ustaz Zawawi dan seterusnya syahdu dengan alunan nasyid dari kumpulan FarEast. Tepat jam 12 malam, semua hadirin berselawat dan berzikir tanda mensyukuri nikmat umur yang dikurniakan Tuhan. Saya tidak menyangka bahawa saya akan menyambut tahun baru sebegini. Inilah kali pertama saya menyambut tahun baru dengan selawat dan zikir. Hmmmm......bukanlah salah untuk menyambut tahun baru tetapi caranya perlulah dengan cara yang betul.

Akibat takut sesak di dalam komuter, saya dan rakan-rakan berkejar ke stesen. Malangnya, terlalu ramai juga manusia yang nak pulang ketika itu. Kami membuat keputusan untuk berpatah balik ke masjid dan tidur di sana. Selepas solat subuh, kami pulang ke kampus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...