Selamat Pengantin Baru

Selamat pengantin baru buat pasangan Taufik & Munira dan Azmil & Ainul. Tak berkesempatan pula nak snap gambar di majlis Akh Taufik. Majlis Kak Ainul baru ada gambar. Apepun, saya ucapkan selamat pengantin baru. Semoga bahagia dan berkekalan hendaknya. Akh Taufik senior sekolah, Abg Azmil senior di UiTM dan kak Ainul pula senior sekolah dan senior di UiTM juga...



Kad Jemputan
 


Mereka


Karya Sara (bahan2: bahulu souvenier, Tisu Dapur, pen Hitam)
Napelah kreatif sangat budak nih...

~~~

Short Trip

~~~

Terima kasih untuk Ul dan Sya kerana meneman saya ke rumah Abang Xaed. Lebih berterima kasih buat abang sebab telah bersusah payah menyiapkan dokumen-dokumen saya. Tak lupa kepada Kak Anor yang fetch kami di stesen serta meng'order' pizza sebagai hidangan makan malam kami. Akhir sekali buat si comel Umar dan Aisha yang penat melayan karenah Cik Ul dan Cik Sya..Eheh terbalik pulak.

Selesai membeli roti dan tembikai sebagai buah tangan

Siapalah yang ikat rambut Umar camtu?? ;)


Umar berlari-lari


Depan rumah abang

~~~

Kuala Kangsar : Off We Go..WooHoo

Every picture tells a story





















~~~

Smoking | The Art of Dying

If you were in this situation, what would you think off?


Actually, this is a common view in many premises in Malaysia. Muslims are selling cigarettes because that stuff really could give them profit. So, who should be blamed?. The seller or the buyer or....... Anyway, why is there a big issue with smoking?. Smoking leads to hazardous effects to the body system and moreover, it is prohibited in Islam.

These are some facts collected from http://www.myhealth.gov.my:

1. About 50% of Malaysian men (18 years and above) smoke.
2. About 20% teenagers smoke.
3. 85% of teenagers end up as cigarette addicts.
4. An estimated 3,500 out of 10,000 deaths are related to smoking in Malaysia each year.




Dangerous Chemicals

Wallpaper|1

Wallpaper|2

Wallpaper|3

Wallpaper|4

Wallpaper|5

Wallpaper|6

MUSH Tournament 2009

Dah lama sangat rasanya tak bersukan/riadhah. Ntah macam mana, pada 4 Disember lalu, saya berpeluang join bowling tournament. Nama game tu MUSH Tournament aka Maksu, Ulfah, Sya & Huda Tournament..ha ha ha. Rasa segan pulak sebab saya seorang sahaja yang main pakai baju kurung. Apepun, sayalah juara pada kali ini. Walau bagaimanapun, keputusan akhir bukanlah keputusan yang membanggakan. Orang lain tengok, gelak je. Masih banyak skill yang perlu dipelajari. Namapun beginner....

Sya dan Ul

Ul dan saya (sopan berbaju kurung, hehehe)

Inilah markah bagi beginner macam kami

Lepas main bowling dan solat zohor, kami jalan-jalan cari buku dekat MPH dan POPULAR. Salah satu buku yang dibeli adalah buku Terasing, karya Hilal Asyraf. Sesudah membeli buku-buku, kamipun bergegas mencari tempat makan. Perut masing-masing dah berbunyi.. Terima kasih buat Maksu yang menjadi penaja untuk MUSH Tournament dan makan tengahari...

Muka hadapan|Terasing|Hilal Asyraf

Nasi Goreng Sotong|Udang Goreng Tepung|Air Puteh

Taqarrub Melalui Ibadah Korban

Alhamdulillah, pada tahun ini kita punya kesempatan untuk bertemu dengan 10 Zulhijjah. Hari kita semua menyambut Hari Raya Korban. Sedalam manakah kita menghayatinya dan sejauh manakah kita mengambil iktibar darinya?

Mungkin kerana setiap tahun kita meraikannya, kita lupa seketika tujuan, nilai dan penghayatan yang terkandung pada hari tersebut. Ibadah korban seharusnya dijadikan jambatan untuk kita mendekatkan diri kepada Allahu Taala. Pengorbanan yang dilakukan baik dari segi harta, amal mahupun niat inilah yang dikatakan sebagai qurbah.






----------------------------

Juadah pagi raya | Lontong & Nasi Beryani

Dalam perjalanan ke rumah Mak Tam

Korban di rumah Mak Tam

~~~

Selamat Pengantin Baru Mas...

Dalam kesibukan menyambut ihtifal sekolah, saya juga sempat meluangkan sedikit masa membantu Mas di rumah. Sorry Mas, sebab tak dapat tolong banyak. Apapun, saya doakan agar perkahwinan ini kekal hingga hujung usia. Moga Allah memberikan rezeki seluasnya serta rahmat sebanyaknya buat Mas dan suami. selamat Pengantin Baru...


Merah Puteh...warna tema majlis Mas

Masa (yang tepat) Mas bergelar isteri...jam 3.09 pm


Mas dan suami...
 

Una dan Mas


Antara 4thgen yang hadir kenduri

Ihtifal SRIH

Alhamdulillah, syukur sebanyaknya kepada Allah kerana ihtifal@hari penyampaian sijil dan hadiah kali ini berjalan lancar. Buat pertama kalinya, saya diberi kepercayaan untuk mengendalikan persembahan bagi murid tahun 1 hingga 3.

Pengalaman baru ini cukup manis. Melayan karenah adik-adik yang comel dan manja setiap kali latihan diadakan cukup mencuit hati. Garang.....ada la juga, untuk memastikan mereka ni berdisiplin sedikit. Apapun, akhirnya setelah berlatih panjang, persembahan adik-adik ini cukup membanggakan. Tahniah buat adik-adik...

Satu lagi pengalaman baru, mak ada buka gerai menjual busana muslimah sempena ihtifal. Alhamdulillah, banyak juga yang laku. Moga perniagaan ini semakin berkembang...


Pentas dihiasi dengan bunga-bungaan menambah seri suasana. Tahniah, ajk Pentas...


Sebahagian murid yang membuat persembahan


Gerai Noor's Busana...


Ziarah..

Pada hari Jumaat bersamaan 30hb Oktober, mak, abah dan saya pulang ke kampung (Mersing). Kami ingin menziarahi saudara sebelah mak yang baru sahaja keluar ICU akibat lelah teruk. Mereka tinggal di Muazzam Shah. Ketika perjalanan pulang ke Mersing, kami sempat singgah di rumah saudara di Rompin.

Keesokan harinya, kami keluar awal pagi kerana ingin sampai awal di rumah. Kami dikejutkan pula dengan berita kematian saudara sebelah Abah di Labis, Segamat. Tok Taib telah pulang menghadap Allah. Giliran kita masing2, tak tahu bila. Jadi, sama-samalah kita membuat persiapan.

Semoga Allah menempatkan Tok Taib dikalangan golongan yang dirahmatiNya..

Penatku Berbaloi..

Hujung minggu lepas, saya berpeluang mengikuti mukhayyam bagi pelajar-pelajar tahun 4. Saya memegang jawatan sebagai ajk keselamatan. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya adalah seperti pertandingan sarapan pagi, pertandingan tali temali, 'night walk', 'jungle tracking', pertandingan kawad dan lain-lain.

Aktiviti-aktiviti seperti ini mampu meningkatkan keyakinan, sikap bekerjasama, setia-kawan, disiplin dan sebagainya. Memang penat kerana kebanyakan aktiviti memerlukan tenaga fizikal. Semoga adik-adik tahun 4 membawa pulang pengalaman dan ilmu yang berguna setelah pulang dari program ini..


[Pelajar banat gembira kerana telah siap menyediakan sarapan pagi]

[Melapor diri apabila tiba di checkpoint]

[Aulad sedang solat dhuha]

[Aulad memang suka bergambar..hehe]

[Slot meroboh kemah]

[Diri tegak-tegak..]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...