Taka- taka

Tidak semua yang kita hajatkan mampu kita miliki dan tidak semua yang kita inginkan adalah yang terbaik untuk kita. Allah jualah sebaik2 perancang.

Alhamdulillah, SAH!!!

Alhamdulillah, sudah setahun saya berada dalam dunia rumahtangga... Banyak perkara yang saya belajar tentang kehidupan, pun begitu, masih banyak lagi yang perlu dipelajari....

Sebelum saya berkahwin, suami adalah orang asing dalam hidup saya. Saya tidak pernah mengenali dia apatah lagi terserempak di mana-mana... Agak sukar bagi saya membuat keputusan. Saya serahkan kepada Allah SWT dan pada akhirnya dia...suami saya..

Agak menarik bagaimana kami mengenali hati budi masing2. Setiap hari dirasakan hari-hari yang luar biasa kerana pelbagai perkara yang dipelajari. Pastinya, setelah hari demi hari berlalu, saya dapati kami punya banyak persamaan. Persamaan hobi, persamaan dalam kerja dan lain-lain. Paling penting, dia adalah seorang yang penyabar dan mampu membimbing saya.. Moga pertalian ini kekal dan diredhaiNya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...