Sajak Teguh Diri

~~~

merah berdegup sendiri
debaran kencang kadang perlahan
terang kelam silih berganti
tetap mengalir berhenti jangan

jalan kadang berduri
banyak cabang terang pandang
pilihan dekat yakini
terus melangkah panjang

pandang sekilas ke kiri
lihat sahaja ke kanan
kaki bertapak sisi
bawah sekilas tolehan

pohon doa dari Pencipta
suluh cahaya sepanjang jalan
tidak kaki melangkah sendiri
kerna sentiasa ada peneman

jika jatuh bangun kilat
tidak bunuh tidak lari
pegang furqaan dengan kuat
tangan ke langit mohon bantuan

jika teguh tidak sendiri
tarik tangan jalan seiring
tambah teman kuat azam
hingga akhir nafas berhenti


~~~

Sajak ini adalah berkenaan hati seseorang yang keliru dengan pilihan yang banyak. Sukar membuat keputusan. Apapun, sesukar mana ujian, seseorang itu perlu meneruskan kehidupan tanpa rasa putus asa. Apabila melihat pilihan-pilihan yang ada, muhasabah dan pinta petunjuk. Apabila yakin dengan keputusan itu, lakukanlah.

Sentiasalah berdoa kepada Allah agar memberi taufik dan hidayah, serta menghantar rakan dan keluarga yang boleh menyokong kita sepanjang masa sukar itu.

Sekiranya kita terjatuh atau susah, janganlah berputus asa. Jadikan alQuran sebagai benteng kekuatan dan bertawakkal kepada Allah. Manakala jika kita berjaya keluar dari kesukaran itu, bantulah rakan lain untuk keluar dari kesukaran itu.

Apa yang dimaksudkan dengan pilihan yang banyak? Pilihan itu adalah pilihan sesorang, samada ingin memilih menjadi baik atau sebaliknya.




~~~

Pokok Jahiliyyah



~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...