Iringan doa sejahtera buat Pak Tam

Pagi 15 April, saya dikejutkan dengan sebuah berita. Pada jam 8.58 pagi, mak beritahu Pak Tam kemalangan. Pak Tam kemalangan ketika dalam perjalanan ke masjid untuk solat subuh. Pak Tam dimasukkan ke ICU kerana cedera teruk. Lepas mak telefon, panggilan dari abang Sa'eed dan abah pula menyusul. Kali ini, berita tentang Pak Tam diserang sakit jantung dan pendarahan dalaman. Pak Tam terpaksa melalui satu pembedahan untuk merawat luka dalaman. Doa saya agar Pak Tam cepat sembuh dan kembali sihat.

Bagi mereka yang masih diberikan nikmat kesihatan,beringatlah kita dengan Firman Allahu Taala :

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran” ( al-Ashr: 1-3).

Maka, apabila kita diberikan nikmat kesihatan, gunakanlah ia sebaiknya. Sebaliknya, jika kita ditimpa dengan ujian kesakitan, bersangka baiklah dengan Allah. Ingatlah akan kisah Nabi Ayub, ketika dia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang".

Allahu Taala A'lam~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...