Kerja: Antara Rela dan Terpaksa

Salam...

Sekarang adalah masa yang kritikal kerana pembentangan dokumen 'System Design Specification' kepada warga wisma di kementerian akan menjelma esok hari. Walaupun agak penat sebab tak cukup rehat, dokumen masih tak siap lagi. Perlukan perincian yang mendalam... .


Nway, tak sabar nak kejar impian sendiri. Nak jd seorang pendidik.. Walaupun sedang menuju ke arah scholarship master untuk pensyarah muda, still terfikir nak jd cikgu sekolah rendah je sebab suka sangat budak2.

Cakap pasal kerja, teringat ada seorang akhi dari Brunei ni. Dia ada edarkan beberapa video/ slide dalam satu program yang dia bawa. Tak silap, dalam program Ini Sejarah Kita (ISK) di Shah Alam, tahun lepas. Memang memberi kesedaran kepada sesiapa yang berstatus pekerja. Hmmm...pengajaran ringkas yang orang dapat, janganlah kita menjadi robot-robot yang hari-hari yang dilalui adalah sama ...pergi keje, balik keje tido...berulang-ulang hingga menjadi satu 'kitaran bodoh'. Maaf jika perumpamaan ini agak tidak sopan, tapi itulah hakikatnya. Adakah kita bekerja terlampau2 hingga mengabaikan benda yang lebih penting iaitu islah dan dakwah. Islah dan dakwah tak boleh diabaikan walau apa status kita. pelajar, pekerja or penganggur.


Harap diri yang menulis ini juga akan sentiasa aware dengan perkara tersebut. Oklah, nak sambung wat dokumen dan skrin sistem....

Sampai nanti, di post akan datang...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...