Kenapa Masih Berdegil?


Saya tidak tahu bagaimana ingin menyampaikan maksud sebenar saya berkenaan topik ini. Namun, saya rasa kita sama-sama perlu muhasabah diri, menimbang tara nilai yang ada pada diri dan cuba memperbaiki sedaya mampu.


Suasana kini yang memudahkan kita mendapatkan maklumat dengan cepat menjadikan masyarakat lebih berinformasi tentang apa jua perkara dan isu. Kita boleh katakan semakin lama, masyarakat menjadi lebih terdidik dan berpelajaran. Namun, apa yang membimbangkan saya adalah apabila keegoan lebih meraja dalam hati, berbanding menyokong hakikat kebenaran. Apa yang dilakukan saban hari melawan arus sistem manusia dan kehidupan. Hidup kadangkalanya seperti tidak bertuhan (Nauzubillah)


Contoh mudah yang kita boleh sandarkan adalah seperti kes mencuri. Perbuatan mencuri di dalam apa jua agamapun adalah termasuk dalam nilai negatif. Islam juga menggariskan ia sebagai perbuatan yang tidak baik. Walau bagaimanapun, masih ramai lagi pencuri-pencuri yang sibuk bekerja di luar sana. Tidak gentarkah mereka kepada Tuhan? Mengapa kita perlu berdegil? Melawan songsang arus petunjuk? Sama-samalah kita fikirkan.


Ini cuma satu contoh. Banyak lagi persoalan yang kita sendiri perlu bangkitkan. Jawablah segala pertanyaan dengan hati, bukan ego mahupun emosi.


~~~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...