Misi Lifeline 4 Gaza: Adakah Kita Prihatin?






Setiap detik dan saat, saudara kita di Palestin kian diancam oleh keganasan yahudi. Gegaran dan bunyi dentuman bom di sana ibarat sebuah melodi. Ramai saudara kita dibunuh dengan kejamnya sesuka hati, tetapi masih utuh diri dan hati untuk memerangi musuh Islam yang sangat keji. Pemuda di negara kita sibuk menghibur hati, tetapi pemuda di sana sudah bersedia mengejar mati. Pemuda kita ramai yang memikirkan masalah peribadi berbanding mereka yang sibuk memikirkan strategi. Mungkin kerana kita berada di zon selesa membuatkan semangat juang kita nipis dan bersikap lebih pentingkan diri. Namun, saya percaya pada janji. Janji Allah taala bahawa kemenangan Islam itu suatu yang pasti. Prihatin rakyat Malaysia bertambah tinggi. Harapan saya agar ia terus bertambah dari hari ke hari. Sebarkanlah tentang misi ini dan doakan matlamat utama dapat dikecapi.


MISI Lifeline 4 Gaza | Talian Hayat untuk Gaza


Misi ini disertai kira-kira 45 buah negara termasuklah UK, Ireland, Algeria, Kuwait, Greece, Turki dan Malaysia. Kira-kira 800 orang sukarelawan turut serta dalam misi ke Gaza ini tanpa mengira agama dan negara. Malaysia diwakili oleh 11 orang sukarelawan terdiri dari gabungan NGO termasuklah Haluan Palestin, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Muslim Care, Yayasan Amal dan Aqsa Syarif. Misi ini turut disertai oleh 2 orang wartawan Astro Awani yang akan membuat liputan perjalanan mereka ke sana.


Pada hari ini, wakil-wakil misi berkumpul  di Antalya, sebuah pelabuhan di selatan Turki. Mereka dijadualkan bertolak ke Gaza pada keesokan harinya iaitu 25 Mei 2010 melalui Laut Mediterranean, menaiki 3 buah kapal kargo serta 5 bot penumpang yang turut memuatkan barang-barang bantuan seperti ubatan dan sebagainya. Perjalanan dianggarkan kira-kira 15 jam. 


Israel telah mengecam untuk menghantar 2 atau 3 kapal yang dipenuhi rakyat bersenjata bagi menghalang kemasukan sukarelawan misi ini. Ancaman ini disampaikan oleh Bulent Yildirim, Presiden IHH (Lembaga kemanusiaan internasional terbesar di Turki). Ancaman ini tidak mematahkan semangat semua penggerak misi, malah menjadikan mereka lebih bersemangat tinggi.


Liputan media serta penyebaran maklumat berkenaan misi ini amat diperlukan dan perlu diperhebat bagi meningkatkan keprihatinan semua rakyat Malaysia. Saya harap berita mengenai misi ini anda dapat sampai-sampaikan pada teman-teman yang lain. Kami mendoakan semua perancangan berjalan lancar. Terima kasih kerana mewakili kami rakyat Malaysia ke Gaza. 


Untuk maklumat lanjut, lawati:

http://www.lifeline4gaza.org/





~~~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...