Pelayaran Tertangguh

Sumber: lifeline4gaza | 25 May 2010



Terkini, pelayaran konvoi kemanusiaan antarabangsa ke Gaza terpaksa ditangguhkan seketika kerana masalah yang dihadapi oleh kapal daripada Greece yang tidak dapat tiba di perairan Cyprus seperti yang dijadualkan. Sebuah kapal penumpang dan 2 buah kapal kargo daripada Turki akan bergabung dengan 6 buah kapal daripada Greece, Sweden, England dan Ireland sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza. Menurut sumber IHH (Insani Yardim Vakfi) iaitu penganjur utama konvoi ini, kapal-kapal akan berlepas dari Pelabuhan Antalya setelah masalah tersebut selesai, mungkin dalam beberapa jam lagi.



Kira-kira 600 orang peserta konvoi daripada 45 buah negara yang akan menyertai konvoi kemanunisaan ke Gaza dengan menaiki kapal Mavi Marmara berkumpul di bandar pelabuhan Antalya di selatan Turki bagi membuat persiapan akhir sebelum bertolak. Sehingga malam tadi, seramai 547 orang telah hadir mendaftar diri dan menandatangani perjanjian setia di stadium bola keranjang Kepez Arena.



Peserta-peserta yang hadir pada malam tadi datang dari pelbagai negara, termasuklah daripada Malaysia, Belgium, Mauritus, Australia, Jerman, Kosovo, Mesir, Greece, Indonesia, Ireland, Itali, Sepanyol, Syria, Lubnan, Oman, Kuwait, Pakistan, Turkmenistan, Palestin, Afrika Selatan, dan negara tuan rumah Turki.

Baca selanjutnya di:

http://www.lifeline4gaza.org/


~~~






~~~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...