Bengkel Penyelidikan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, saya selamat sampai ke Johor pagi semalam. 6 jam menunggu di Lapangan terbang LCC membuatkan saya sedikit letih kerana tidak dapat tidur yang berkualiti. Apapun, saya sangat bersyukur kerana Allah masih memberikan saya masa untuk terus beribadah.

Pagi ini, saya akan menyertai sebuah bengkel penyelidikan. Maklumlah, menjadi pensyarah bukan hanya mengajar dalam kelas, tetapi perlu juga menambah ilmu yang ada dengan membuat penyelidikan. Hampir setahun saya bekerja dan hingga kini, saya masih belum mendapatkan idea penyelidikan. Harapnya bengkel ini boleh memotivasikan saya membuat penyelidikan. InsyaAllah.


~~~


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...