Sesi Pengajaran Berehat Sebentar

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai sudah sesi pengajaran diploma. Semalam saya telah selamat menghabiskan marking...dan kini dapat fokus pada kerja-kerja lain. Alhamdulillah, Allah permudahkan.

Beberapa hari lepas, Kak Chah ada berpesan agar jadikan kerja sebagai ibadah. Kalau kerja kita untuk gaji sahaja, pastilah sangat rugi. Alangkah baik jika dalam mendapat gaji, kita turut diberikan pahala oleh Allah. Sambil penuhkan kocek dengan duit, dapat juga menabung untuk akhirat. Untung besar ma!!!

Nak jadikan kerja sebagai ibadah ni ada regulation yang perlu diikuti.

1) Kerja tersebut dibenarkan dalam Islam.
-Ramai orang kata, bekerja kena dimulakan dengan niat. Rupa-rupanya bukan mula dengan niat, tapi dengan syarak dulu. Kalau kita mencuri dengan niat nak sedekah dekat org miskin tentulah salah...betul tak? Apapun, pastikan kita memilih pekerjaan yang dibenarkan Islam.

(Saya seorang guru..saya ajar kursus berkaitan komputer, penerbitan dan pengurusan rekod. Alhamdulillah, kerja ni tak salah disisi Islam)

2) Niat yang baik; pelihara diri dan orang lain.
-Kerja dah betul, baru kita pasang niat agar kerja kita dapat memakmurkan bumi Allah. Harap agar kerja kita mendapat redha Allah. Niat ni kena refresh selalu sebab kadang-kadang kita leka dgn kehendak dunia.

(InsyaAllah, kerja mendidik orang lain ni memang baik dalam meningkatkan ilmu sendiri dan juga orang lain.)

3) Bekerja dengan bersungguh-sungguh.
-Seseorang perlu menjalankan tanggungjawab kerja itu sebaik mungkin. Kita tidak boleh bekerja sambil lewa.

(Contoh kata, jika kita diberi tugasan kita perlu menyiapkannya dengan sebaik mungkin.)

4) Melaksanakan kerja dengan akhlak Islam dan menjaga batas-batas.
-Walaupun saya seorang guru, saya perlu menjaga batas dengan pelajar-pelajar lelaki. Saya tidak boleh berdua-duaan dengan pelajar lelaki di dalam bilik bertutup atas tujuan mengajar. Ini telah melanggar batas ikhtilat. Saya juga perlu perbaiki diri dan menunjukkan akhlak-akhlak Islam setiap kali sesi pengajaran.

5) Kerja tanpa meninggalkan ibadah khusus.
-Jangan pula sibuk bekerja hingga tak sempat solat. (Na'uzubillah)

Peringatan untuk diri

~~~




1 comments:

Anonymous said...

Kdg-kdg tak perasan kita da curi tulang time keja..Bebudak laki siket2 kluar minum...hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...