Rindu Ikhlas

[klik & simpan]

_______________________________________________________________

Assalamualaikum.

Apa itu ikhlas? Ikhlas adalah syarat amal diterima. Walau amal itu amal kebaikan, tetapi jika ia disulam dengan niat menunjuk-nunjuk atau untuk mendapat pujian, maka amal itu menjadi sia-sia. Umpama debu berterbangan.

Hampir seminggu saya berfikir panjang. Bagaimana saya mahu ikhlas? Kadang-kadang saya sendiri keliru samada ikhlas itu terbit tiap kali saya melakukan sesuatu perkara ataupun tidak. Ada orang kata, penerimaan amalan itu rahsia Allah Taala. Allah sahaja yang tahu samada kita ikhlas atau tidak. Hmm...

Saya ada bertanya seorang sahabat, Hajar namanya. Bagaimana kita hendak pastikan ikhlas itu. Jawab beliau, ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu ketika waktu malam yang gelap. Sangat sukar dilihat dengan mata kasar. Jadi Hajar, apa yang kita boleh lakukan agar amal diterima?

Bertawakkal kepada Allah dan buatlah sesuatu hanya keranaNya. Sekiranya kita berbuat baik kepada rakan-rakan, jangan mengharap balasan daripada mereka kerana apa yang kita butuhkan adalah redha Allah SWT itu sendiri.

Ya Allah, temukanlah aku dengan ikhlas.. Sesungguhnya, aku sangat merindukannya.


~~~

1 comments:

hamraa' ツ. said...

ikhlas tu berkaitan dengan mujahadah hati kita sendiri. :) sungguh,kita tak mampu nak mentafsir adakah amalan yang kita lakukan diterima Allah ta'ala ataupun tidak.yang hanya kita mampu lakukan adalah berusaha dan terus berusaha.nak menanti hingga datangnya keikhlasan yang sebenar-benarnya,entah bila.kerana ia rahsia Allah.analoginya amat mudah.as a muslim,kita solat.dan adakah kita patut menunggu kita merasakan hati ikhlas,baru kita akan solat? :) surely,tidak kan?so,just do it.renew-tajdid niat everytime,everyday.kerana Allah semata-mata.inshaAllah,Allah Maha Mengetahui hati hamba-hambaNya yang benar-benar ikhlas bermujahadah mencari kemanisan dalam beribadah kepada-Nya.dan teramat penting,adalah doa kita pada Allah ta'ala.

ikhlas itu adalah buruan kita,bukan dapatan kita.kerana apa?kerana siapa yang mengaku dia sudah mendapatkan rasa ikhlas itu,hakikatnya, dia telah tertipu dengan dirinya sendiri.

jom curhat tentang ikhlas! hemo-hemo *xoxo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...