Kopi Barli Secawan!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Allah masih beri nikmat sihat. Sekejap lagi ada mesyuarat fakulti. Sempat lagi saya pekena secawan kopi barli. Kopi barli ni memang sedap dan lebih khasiatnya. Alhamdulillah.

Kali pertama saya cuba kopi barli ini di Vietnam. Bukan beli di Vietnam, tapi dibeli dan dibawa ke Vietnam oleh Maksu. Pertama kali rasa, terus suka. Bila balik Kelantan, saya cuba cari tapi tak jumpa. Akhirnya saya pesan pada Maksu sahaja. Maksu, Huda minum dulu, baru bayar eh...Lupa nak bayar hari tu sebab rush ke Shah Alam...Dui bu qi..

Baiklah, saya nak siap-siap pi mesyuarat..



|Kopi Barli|

~~~


Meniru itu Kacang


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, ada sedikit masa untuk kemaskini blog. Saya baru sahaja habis mesyuarat dari jam 2.30 petang tadi. Jadi, walaupun sekarang musim cuti bagi pelajar diploma, jangan ingat pensyarah-pensyarah diploma tiada kerja langsung. Ada banyak kerja kami perlu selesaikan.

Baiklah, ketika awal-awal musim peperiksaan diploma bermula (bulan Mac 2012), saya berkesempatan menyiapkan poster berkaitan meniru. Saya tampalkan poster tersebut di hadapan bilik. Harap-harap poster ini bermanfaat.

Bagi peniru-peniru tegar, mungkin mereka akan mengatakan " meniru itu kacang". Maklumlah, teknologi semakin canggih. Pelajar pula kaya-kaya. Jadi, mereka boleh simpan slide nota dalam blackberry, iPhone dan sebagainya, atau mereka juga boleh bermesej-mesej dengan rakan di dalam mahupun di luar kelas.

Situasi ini cukup membimbangkan saya. Memang agak bimbang jika pelajar-pelajar tidak sempat atau sengaja tidak sempat ulangkaji sebelum peperiksaan, tetapi apa yang lebih membimbangkan saya adalah akhlak mereka yang seolah-olah lebih takut pensyarah daripada takutkan Allah (Na'uzubillah). Apa tidaknya, apabila pensyarah pandang, si peniru beraksi seperti biasa, tetapi, apabila pensyarah melihat ke arah lain, sibuk si peniru itu melihat nota. Bukankah Allah itu Maha Melihat? Allah tahu setiap perbuatan kita termasuklah apa yang ada dalam hati kita.

Ada para pelajar yang berpegang kepada "boleh meniru dalam ujian, tapi tidak boleh meniru dalam peperiksaan". Katanya, jika ujian tidak strict sangat. Maaf jika saya katakan, sesiapa sahaja yang bersetuju dengan kenyataan ini, tentu dia sangat bodoh. Ops!! terkasar sedikit bahasa saya. Allah bukan sahaja melihat anda ketika peperiksaan akhir tetapi SETIAP SAAT dalam kehidupan anda. Kalaulah saya tahu nilai yang lebih pendek dari saat itu, pasti akan saya letakkan nilai tersebut.

Lihatlah bagaimana cara pemikiran para pelajar kaki tiru ini. Sungguh menyedihkan..
Akhir kata, jemputlah baca poster. Terima kasih.

|Klik & Simpan|


|Kita jangan asyik komen, kena juga bagi motivasi dan alternatif|


~~~

Curi

Assalamualaikum.

Harian Metro ada membangkitkan isu pencuri susu yang sering mengenakan tudung labuh dan jubah untuk melakukan aktiviti tersebut. Walaupun gambar yang disiarkan bukanlah bertudung labuh, berita seperti ini cukup menyedihkan. Pakaian yang menutup itu sebenarnya mampu menjadikan seseorang itu menahan diri dari melakukan perkara-perkara negatif. Ia bukanlah alat membuat perkara mazmumah. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada mereka.


|Kenapa agaknya mereka mencuri?|

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/#2

~~~

Zikir Cuci Hati

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk berkongsi. Pagi ini, suka saya berkongsi tentang hikmah zikir. Perasan atau tidak, kita kadangkala seringkali terlepas cakap perkataan-perkataan yang negatif. Terutamanya apabila kita sedang marah. Ada baiknya kita cuba menukarkan kata-kata negatif kepada kalimah-kalimah zikir yang dapat menenangkan hati.

Sudah menjadi lumrah seorang hamba untuk berasa dekat dengan Penciptanya. Jika kita ada masalah, mengadulah pada Allah. Alhamdulillah, doa dan zikir boleh menjadi dialog kita dengan Allah SWT. Apabila kita sentiasa ingat kepada Allah, maka, Allah juga akan ingat pada kita.

" Maka berzikirlah (untuk mengingati) kepadaKu, nescaya Aku akan mengingati kamu sekalian."
Surah Al Baqarah: 152

Zikir adalah perbuatan yang mengingatkan kita kepada Allah Taala dengan menyebut kalimah-kalimah tertentu. Menurut buku Doa & Zikir Harian oleh Ustaz Zahazan Mohamed, zikir itu boleh dilakukan dalam 3 bentuk.

1) PERBUATAN - contohnya seperti ruku', menggunakan tasbih, alat pembilang (counter)
2) LIDAH - ianya merujuk kepada sebutan
3) HATI - juga dikenali sebagai zikir sirri atau zikir khafi

Tak tahu nak zikir apa? Rasa tak sempat nak zikir lepas solat? Hmmm....alasan je tu. Sekarang ini, ada pelbagai cara yang kita boleh lakukan untuk mendapat maklumat tentang zikir atau menggalakkan kita berzikir. Kita boleh cari maklumat tentang zikir di laman web, kita boleh beli buku kecil tentang zikir, boleh zikir guna counter. CD zikirpun banyak dijual di pasaran. Kita boleh mainkan CD tersebut di dalam kereta setiap kali pergi dan pulang dari tempat kerja. Tiada CD player? Takpe, bukalah ikim.fm. Sungguh bermakna teknologi itu jika kita dapat gunakannya untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Alhamdulillah, anak saudara saya Umar (4 tahun) juga pandai berzikir. Anda juga pasti boleh melakukannya.



|Buku Doa & Zikir, hadiah dari Annisa|


|CD Zikir Terapi Diri-Sudah berminggu cari di Kelantan, tapi tak jumpa. Alhamdulillah, akhirnya dapat beli di salah sebuah kedai di Shah Alam minggu lalu|

Anda dipersilakan lawati alamat berikut:

http://wiriddandoa.blogspot.com/
http://1khalifah.wordpress.com/


~~~


Hujung Minggu yang Padat

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pada hujung minggu baru-baru ini, saya berkesempatan ke Shah Alam dan Seremban. Perjalanan selama 8 jam dari Kelantan sedikit hilang apabila wajah-wajah sahabat berada di depan mata.

Alhamdulillah, segala urusan yang ingin dilakukan berjalan lancar. Pada hari Jumaat, ziarah saya ke UiTM Puncak Perdana untuk bertemu rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah juga berjalan lancar. Lebih meriah lagi apabila dapat bertemu bekas pelajar dari Kampus Machang.

Harapan saya agar semua dapat lakukan yang terbaik untuk meningkatkan ilmu, kemahiran diri dan juga amal islami. Moga selama dua tahun di sana mampu menjadikan mereka insan-insan yang lebih baik di masa hadapan.

Hari Sabtu pula, saya sangat bertuah kerana terserempak dengan Kak Mas. Sangat rindu pada ukhti!!. Tak sangka Allah pertemukan kita. Buat Ayu dan Ezzah, terima kasih kerana menjadi peneman sepanjang akak berada di Shah Alam. Moga ukhuwwah ini berkekalan, insyaAllah..


|Cenderahati dari Ezzah: Button Badge Konvensyen Bidadari Dunia|

~~~


Lihat Alam Dalam-dalam

[klik & simpan]

*maaf pakcik dan anak pakcik....saya ambil gambar senyap2 dari belakang. Tee hee.

Rindu Ikhlas

[klik & simpan]

_______________________________________________________________

Assalamualaikum.

Apa itu ikhlas? Ikhlas adalah syarat amal diterima. Walau amal itu amal kebaikan, tetapi jika ia disulam dengan niat menunjuk-nunjuk atau untuk mendapat pujian, maka amal itu menjadi sia-sia. Umpama debu berterbangan.

Hampir seminggu saya berfikir panjang. Bagaimana saya mahu ikhlas? Kadang-kadang saya sendiri keliru samada ikhlas itu terbit tiap kali saya melakukan sesuatu perkara ataupun tidak. Ada orang kata, penerimaan amalan itu rahsia Allah Taala. Allah sahaja yang tahu samada kita ikhlas atau tidak. Hmm...

Saya ada bertanya seorang sahabat, Hajar namanya. Bagaimana kita hendak pastikan ikhlas itu. Jawab beliau, ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu ketika waktu malam yang gelap. Sangat sukar dilihat dengan mata kasar. Jadi Hajar, apa yang kita boleh lakukan agar amal diterima?

Bertawakkal kepada Allah dan buatlah sesuatu hanya keranaNya. Sekiranya kita berbuat baik kepada rakan-rakan, jangan mengharap balasan daripada mereka kerana apa yang kita butuhkan adalah redha Allah SWT itu sendiri.

Ya Allah, temukanlah aku dengan ikhlas.. Sesungguhnya, aku sangat merindukannya.


~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...