Hujung Minggu yang Padat

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pada hujung minggu baru-baru ini, saya berkesempatan ke Shah Alam dan Seremban. Perjalanan selama 8 jam dari Kelantan sedikit hilang apabila wajah-wajah sahabat berada di depan mata.

Alhamdulillah, segala urusan yang ingin dilakukan berjalan lancar. Pada hari Jumaat, ziarah saya ke UiTM Puncak Perdana untuk bertemu rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah juga berjalan lancar. Lebih meriah lagi apabila dapat bertemu bekas pelajar dari Kampus Machang.

Harapan saya agar semua dapat lakukan yang terbaik untuk meningkatkan ilmu, kemahiran diri dan juga amal islami. Moga selama dua tahun di sana mampu menjadikan mereka insan-insan yang lebih baik di masa hadapan.

Hari Sabtu pula, saya sangat bertuah kerana terserempak dengan Kak Mas. Sangat rindu pada ukhti!!. Tak sangka Allah pertemukan kita. Buat Ayu dan Ezzah, terima kasih kerana menjadi peneman sepanjang akak berada di Shah Alam. Moga ukhuwwah ini berkekalan, insyaAllah..


|Cenderahati dari Ezzah: Button Badge Konvensyen Bidadari Dunia|

~~~


Lihat Alam Dalam-dalam

[klik & simpan]

*maaf pakcik dan anak pakcik....saya ambil gambar senyap2 dari belakang. Tee hee.

Rindu Ikhlas

[klik & simpan]

_______________________________________________________________

Assalamualaikum.

Apa itu ikhlas? Ikhlas adalah syarat amal diterima. Walau amal itu amal kebaikan, tetapi jika ia disulam dengan niat menunjuk-nunjuk atau untuk mendapat pujian, maka amal itu menjadi sia-sia. Umpama debu berterbangan.

Hampir seminggu saya berfikir panjang. Bagaimana saya mahu ikhlas? Kadang-kadang saya sendiri keliru samada ikhlas itu terbit tiap kali saya melakukan sesuatu perkara ataupun tidak. Ada orang kata, penerimaan amalan itu rahsia Allah Taala. Allah sahaja yang tahu samada kita ikhlas atau tidak. Hmm...

Saya ada bertanya seorang sahabat, Hajar namanya. Bagaimana kita hendak pastikan ikhlas itu. Jawab beliau, ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu ketika waktu malam yang gelap. Sangat sukar dilihat dengan mata kasar. Jadi Hajar, apa yang kita boleh lakukan agar amal diterima?

Bertawakkal kepada Allah dan buatlah sesuatu hanya keranaNya. Sekiranya kita berbuat baik kepada rakan-rakan, jangan mengharap balasan daripada mereka kerana apa yang kita butuhkan adalah redha Allah SWT itu sendiri.

Ya Allah, temukanlah aku dengan ikhlas.. Sesungguhnya, aku sangat merindukannya.


~~~

Sesi Pengajaran Berehat Sebentar

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai sudah sesi pengajaran diploma. Semalam saya telah selamat menghabiskan marking...dan kini dapat fokus pada kerja-kerja lain. Alhamdulillah, Allah permudahkan.

Beberapa hari lepas, Kak Chah ada berpesan agar jadikan kerja sebagai ibadah. Kalau kerja kita untuk gaji sahaja, pastilah sangat rugi. Alangkah baik jika dalam mendapat gaji, kita turut diberikan pahala oleh Allah. Sambil penuhkan kocek dengan duit, dapat juga menabung untuk akhirat. Untung besar ma!!!

Nak jadikan kerja sebagai ibadah ni ada regulation yang perlu diikuti.

1) Kerja tersebut dibenarkan dalam Islam.
-Ramai orang kata, bekerja kena dimulakan dengan niat. Rupa-rupanya bukan mula dengan niat, tapi dengan syarak dulu. Kalau kita mencuri dengan niat nak sedekah dekat org miskin tentulah salah...betul tak? Apapun, pastikan kita memilih pekerjaan yang dibenarkan Islam.

(Saya seorang guru..saya ajar kursus berkaitan komputer, penerbitan dan pengurusan rekod. Alhamdulillah, kerja ni tak salah disisi Islam)

2) Niat yang baik; pelihara diri dan orang lain.
-Kerja dah betul, baru kita pasang niat agar kerja kita dapat memakmurkan bumi Allah. Harap agar kerja kita mendapat redha Allah. Niat ni kena refresh selalu sebab kadang-kadang kita leka dgn kehendak dunia.

(InsyaAllah, kerja mendidik orang lain ni memang baik dalam meningkatkan ilmu sendiri dan juga orang lain.)

3) Bekerja dengan bersungguh-sungguh.
-Seseorang perlu menjalankan tanggungjawab kerja itu sebaik mungkin. Kita tidak boleh bekerja sambil lewa.

(Contoh kata, jika kita diberi tugasan kita perlu menyiapkannya dengan sebaik mungkin.)

4) Melaksanakan kerja dengan akhlak Islam dan menjaga batas-batas.
-Walaupun saya seorang guru, saya perlu menjaga batas dengan pelajar-pelajar lelaki. Saya tidak boleh berdua-duaan dengan pelajar lelaki di dalam bilik bertutup atas tujuan mengajar. Ini telah melanggar batas ikhtilat. Saya juga perlu perbaiki diri dan menunjukkan akhlak-akhlak Islam setiap kali sesi pengajaran.

5) Kerja tanpa meninggalkan ibadah khusus.
-Jangan pula sibuk bekerja hingga tak sempat solat. (Na'uzubillah)

Peringatan untuk diri

~~~




Vietnam 2012


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pada tahun ini saya berkesempatan ke Vietnam bagi menghadiri majlis perkahwinan abang di sana. Cuaca ketika itu agak sejuk. Kami menginap di Zen hotel. Perkhidmatan mereka sangat memuaskan. Saya nak kongsi sedikit pengalaman sepanjang berada di sana.



|Ini adalah ruang kaunter Zen Hotel|



|Masjid al-Noor merupakan satu-satunya masjid di bandar hanoi. Muslim Vietnam yang berada di Hanoi tidaklah seramai di Ho Chi Minh, namun ketika solat Jumaat, masjid ini sangat penuh dengan muslimin muslimat yang kebanyakannya adalah 'foreigners'. Kita berharap agar jumlah muslim Vietnam semakin bertambah pada masa hadapan... Amien.|


|Ketika di sana, setiap kali kami berjumpa dengan buah-buahan yang juga ada di Malaysia, keluarga saya agak teruja (terutama Maksu). Buah-buahan di sana agak besar dan sangat manis.|


|Ini adalah kraftangan berbentuk pepatung. Ia dibuat oleh seorang lelaki lewat 40-an. Saya sungguh kagum dengan kesabaran dan kesungguhan beliau untuk mencari rezeki.|



|Sepanjang berada di Hanoi, saya dapati sungguh ramai penjaja terdiri dari kaum wanita.|


|Pemandangan di taman tasik sering dipenuhi dengan orang-orang tempatan yang sibuk bermain 'dam vietnam'. Apa yang mengecewakan adalah kerana mereka juga kuat berjudi..hmmm|


|Abang Saif dan Mai memberi laluan kepada beberapa orang wanita. Ceritanya, mereka ke hutan mengumpulkan ranting-ranting dan kayu-kayan untuk dijadikan bahan bakar ketika memasak. Saya sendiri cuba untuk mengangkat timbunan ranting tersebut... Keputusannya, negatif.. =) sedikitpun tak terangkat. Memang superwoman mereka ni.|



|Saya diberitahu bahawa harga sewa kedai sangat mahal. Jadi, ramai juga yang berniaga di tepi-tepi jalan. Termasuklah kedai gunting rambut ini.|


|Gambar ini diambil ketika kami menonton Water Puppet Show. Pertunjukkan ini penuh dengan kisah-kisah lagenda di vietnam.|



~~~


Visit Vietnam 2012 Slideshow: Kafaah’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Hanoi, Vietnam was created by TripAdvisor. See another Hanoi slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.



Selamat Datang Mai!!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pada bulan Mac yang lalu, keluarga saya mendapat seorang ahli baru. Majlis perkahwinan abang berlangsung dengan jayanya. Penuh kegembiraan dalam kesederhanaan. Kakak ipar yang setahun muda dari saya ini berasal dari Vietnam. Semoga perkahwinan ini diberkati Allah dan moga mereka berbahagia hendaknya..


~~~

Perkahwinan Saif & Mai Slideshow: Kafaah’s trip from Johor Bahru, Johor, Malaysia to Hanoi, Vietnam was created by TripAdvisor. See another Hanoi slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.


Menjadi Orang Baru di Pentas Dunia

Assalamualaikum....

Sudah agak lama saya menyepikan diri dari pentas blog ini. Saya berhasrat untuk kembali aktif, biiznillah....

Saya mulakan entri ini dengan topik menjadi orang baru. Orang baru? hmmmm... Kita sama-sama pernah mendengar kata-kata "seorang muslim yang baik adalah apabila hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini". Sungguh berat sebenarnya bagi diri saya untuk melaksanakan ayat ini... Berubah itu mudah, tetapi untuk melakukannya secara berterusan itu yang memerlukan pengorbanan yang besar. Pengorbanan melawan nafsu diri. Saya selalu berdoa agar Allah tidak menjadikan saya seorang yang terlalu cintakan dunia... Pernahkah kita muhasabah diri, sejauh mana kita cintakan Allah? Adakah lebih dari kita cinta diri sendiri atau keluarga? Agak-agaknya, jika ditimbang dunia dengan Allah, mana lagi berat? Tanya hati masing-masing.


Dunia adalah pentas ujian. Allah menguji kita. Nak jadi baik atau jahat? Nak pilih iman atau kufur? Nak pilih taat atau ingkar?. Pengakhiran ujian ini adalah apabila malaikat maut menjemput kita. Antara ujian Allah kepada kita adalah suka terhadap dunia; kekayaan, harta, hiburan. Masing-masing berlumba mencari kekayaan seolah-olah tidak akan mati. Berhibur seakan-akan gembira tetapi di dalam hati penuh dengan ruang kosong.

Saya tidak mahu jatuh cinta dengan dunia. Saya mahu jadi orang baru... Jom jadi orang baru...


~~~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...