Misi ke Syurga
Bertanya Sebanyaknya
Hakikat budaya malas membaca dikalangan masyarakat kita memang sudah jelas. Jadi, salah satu cara yang boleh kita lakukan bagi mendapatkan ilmu adalah dengan banyak bertanya. Walau bagaimanapun, bertanyalah kepada mereka yang sesuai. Jangan tanya tentang sesuatu perkara kepada orang yang tiada urusan dengan perkara itu atau kepada mereka yang membawa ajaran songsang Bijak memilih, bijak berkawan, bijak bertanya.
*Apapun, janganlah tidak membaca langsung....rugi bila kita tidak gunakan pinjaman Allah pada kita. Mata untuk membaca, tangan untuk pegang buku, minda untuk berfikir dan sebagainya...
Klik imej
Klik imej
Agama itu adalah Nasihah
"Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk
kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya."
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Klik imej
Klik imej
Klik imej
~~~
Kenapa Masih Berdegil?

Saya tidak tahu bagaimana ingin menyampaikan maksud sebenar saya berkenaan topik ini. Namun, saya rasa kita sama-sama perlu muhasabah diri, menimbang tara nilai yang ada pada diri dan cuba memperbaiki sedaya mampu.
Suasana kini yang memudahkan kita mendapatkan maklumat dengan cepat menjadikan masyarakat lebih berinformasi tentang apa jua perkara dan isu. Kita boleh katakan semakin lama, masyarakat menjadi lebih terdidik dan berpelajaran. Namun, apa yang membimbangkan saya adalah apabila keegoan lebih meraja dalam hati, berbanding menyokong hakikat kebenaran. Apa yang dilakukan saban hari melawan arus sistem manusia dan kehidupan. Hidup kadangkalanya seperti tidak bertuhan (Nauzubillah)
Contoh mudah yang kita boleh sandarkan adalah seperti kes mencuri. Perbuatan mencuri di dalam apa jua agamapun adalah termasuk dalam nilai negatif. Islam juga menggariskan ia sebagai perbuatan yang tidak baik. Walau bagaimanapun, masih ramai lagi pencuri-pencuri yang sibuk bekerja di luar sana. Tidak gentarkah mereka kepada Tuhan? Mengapa kita perlu berdegil? Melawan songsang arus petunjuk? Sama-samalah kita fikirkan.
Ini cuma satu contoh. Banyak lagi persoalan yang kita sendiri perlu bangkitkan. Jawablah segala pertanyaan dengan hati, bukan ego mahupun emosi.
~~~
Tekanan Israel terhadap Relawan
Ekoran insiden serangan dari Israel terhadap kapal Mavi Marmara, dimaklumkan bahawa setakat ini jumlah kematian mencecah 16 orang dan tidak kurang 70 orang cedera. Walaupun bendera putih telah dinaikkan, tentera Israel tetap melepaskan tembakan kepada para relawan. Inilah yang ingin ditontonkan Israel kepada dunia betapa berkuasanya mereka dan betapa kejamnya mereka. Dunia seharusnya sedar bahawa Israel bukan sahaja musuh kepada Islam, malah kepada seluruh warga dunia. Kapal yang turut memuatkan warga emas, wanita dan kanak-kanak berusia setahun itu turut ditembak dengan gas pemedih mata oleh tentera Israel.
Marilah sama-sama turun padang bagi menunjukkan bantahan terhadap tindakan Israel ini. Anda digalakkan menyertai program berikut, anjuran Crisis Management Team CMT lifeline4gaza & Aqsa Syarif:
1. Penghantaran memo bantahan
Tarikh: 1 Jun 2010 (Selasa)
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Berkumpul di Tabung Haji menuju ke kedutaan Amerika
2. Demo Bantahan Besar-besaran
Tarikh: 4 Jun 2010 (Jumaat)
Sila aktifkan diri anda dengan mengikuti perkembangan isu ini serta sebar-sebarkan. Lawati:
facebook.com/aqsa.syarif
livestream.com/insaniyardim/
twitter.com/sahabatalaqsha
http://www.livestation.com/channels/3-al_jazeera_english_english
http://www.youtube.com/watch?v=xFEBbDkyrqQ&feature=channel
http://www.lifeline4gaza.org/
http://palestinkini.info/
*Terdapat beberapa rujukan web yang telah digodam...
Pelayaran Tertangguh
Terkini, pelayaran konvoi kemanusiaan antarabangsa ke Gaza terpaksa ditangguhkan seketika kerana masalah yang dihadapi oleh kapal daripada Greece yang tidak dapat tiba di perairan Cyprus seperti yang dijadualkan. Sebuah kapal penumpang dan 2 buah kapal kargo daripada Turki akan bergabung dengan 6 buah kapal daripada Greece, Sweden, England dan Ireland sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza. Menurut sumber IHH (Insani Yardim Vakfi) iaitu penganjur utama konvoi ini, kapal-kapal akan berlepas dari Pelabuhan Antalya setelah masalah tersebut selesai, mungkin dalam beberapa jam lagi.
Kira-kira 600 orang peserta konvoi daripada 45 buah negara yang akan menyertai konvoi kemanunisaan ke Gaza dengan menaiki kapal Mavi Marmara berkumpul di bandar pelabuhan Antalya di selatan Turki bagi membuat persiapan akhir sebelum bertolak. Sehingga malam tadi, seramai 547 orang telah hadir mendaftar diri dan menandatangani perjanjian setia di stadium bola keranjang Kepez Arena.
Peserta-peserta yang hadir pada malam tadi datang dari pelbagai negara, termasuklah daripada Malaysia, Belgium, Mauritus, Australia, Jerman, Kosovo, Mesir, Greece, Indonesia, Ireland, Itali, Sepanyol, Syria, Lubnan, Oman, Kuwait, Pakistan, Turkmenistan, Palestin, Afrika Selatan, dan negara tuan rumah Turki.












