Selamat Pengantin Baru Mas...

Dalam kesibukan menyambut ihtifal sekolah, saya juga sempat meluangkan sedikit masa membantu Mas di rumah. Sorry Mas, sebab tak dapat tolong banyak. Apapun, saya doakan agar perkahwinan ini kekal hingga hujung usia. Moga Allah memberikan rezeki seluasnya serta rahmat sebanyaknya buat Mas dan suami. selamat Pengantin Baru...


Merah Puteh...warna tema majlis Mas

Masa (yang tepat) Mas bergelar isteri...jam 3.09 pm


Mas dan suami...
 

Una dan Mas


Antara 4thgen yang hadir kenduri

Ihtifal SRIH

Alhamdulillah, syukur sebanyaknya kepada Allah kerana ihtifal@hari penyampaian sijil dan hadiah kali ini berjalan lancar. Buat pertama kalinya, saya diberi kepercayaan untuk mengendalikan persembahan bagi murid tahun 1 hingga 3.

Pengalaman baru ini cukup manis. Melayan karenah adik-adik yang comel dan manja setiap kali latihan diadakan cukup mencuit hati. Garang.....ada la juga, untuk memastikan mereka ni berdisiplin sedikit. Apapun, akhirnya setelah berlatih panjang, persembahan adik-adik ini cukup membanggakan. Tahniah buat adik-adik...

Satu lagi pengalaman baru, mak ada buka gerai menjual busana muslimah sempena ihtifal. Alhamdulillah, banyak juga yang laku. Moga perniagaan ini semakin berkembang...


Pentas dihiasi dengan bunga-bungaan menambah seri suasana. Tahniah, ajk Pentas...


Sebahagian murid yang membuat persembahan


Gerai Noor's Busana...


Ziarah..

Pada hari Jumaat bersamaan 30hb Oktober, mak, abah dan saya pulang ke kampung (Mersing). Kami ingin menziarahi saudara sebelah mak yang baru sahaja keluar ICU akibat lelah teruk. Mereka tinggal di Muazzam Shah. Ketika perjalanan pulang ke Mersing, kami sempat singgah di rumah saudara di Rompin.

Keesokan harinya, kami keluar awal pagi kerana ingin sampai awal di rumah. Kami dikejutkan pula dengan berita kematian saudara sebelah Abah di Labis, Segamat. Tok Taib telah pulang menghadap Allah. Giliran kita masing2, tak tahu bila. Jadi, sama-samalah kita membuat persiapan.

Semoga Allah menempatkan Tok Taib dikalangan golongan yang dirahmatiNya..

Penatku Berbaloi..

Hujung minggu lepas, saya berpeluang mengikuti mukhayyam bagi pelajar-pelajar tahun 4. Saya memegang jawatan sebagai ajk keselamatan. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya adalah seperti pertandingan sarapan pagi, pertandingan tali temali, 'night walk', 'jungle tracking', pertandingan kawad dan lain-lain.

Aktiviti-aktiviti seperti ini mampu meningkatkan keyakinan, sikap bekerjasama, setia-kawan, disiplin dan sebagainya. Memang penat kerana kebanyakan aktiviti memerlukan tenaga fizikal. Semoga adik-adik tahun 4 membawa pulang pengalaman dan ilmu yang berguna setelah pulang dari program ini..


[Pelajar banat gembira kerana telah siap menyediakan sarapan pagi]

[Melapor diri apabila tiba di checkpoint]

[Aulad sedang solat dhuha]

[Aulad memang suka bergambar..hehe]

[Slot meroboh kemah]

[Diri tegak-tegak..]

Me As A Teacher

It has been almost a month since my last post in this blog. I have been busy. Well, I work as a teacher for Mathematics and English subject in a primary school now.

My first experience being a teacher was in 2003, it's quit interesting. My passion, actually.

To me, being a primary school teacher is very important. It's not that simple. The planning part is vital whereby to ensure our teaching could develop literacy, physical, emotional, intellectual and social growth of the students.

I hope all my students ( and other students, of course) pass their exams.

p/s i've 2 students from Indonesia, and 1 from Singapore

Iman...Yazid wa Yankus



"Bagaimana iman kita hari ini?". Soalan seperti ini seharusnya ditanya pada diri kita setiap hari. Soalan pendek ini memberikan kita muhasabah yang besar. Akibat terlalu sibuk dengan urusan dunia, kita lupa untuk muhasbah diri, walhal muhasabah diri mampu menjadikan seseorang itu lebih baik dari hari sebelumnya.






Benar, iman itu berubah-ubah tingkatannya. Kadangkala kuat dan mudahnya ia kembali lemah. Iman seseorang muslim itu yazid wa yankus. Yazid bermaksud naik dan yankus pula bermaksud turun. Jika kita mampu menghasilkan sebuah graf keimanan, pasti dengan jelasnya kita boleh mengukur dan melihat keadaan iman kita yang selalu berubah. Apa yang kita boleh lakukan adalah senantiasa berusaha memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepadaNya. Berdoalah juga kepada Allahu Taala agar memberikan taufiq dan hidayah, memberikan kekuatan iman serta terus terusan istiqamah di jalan yang benar.




~~~

Kita Bebas Memilih: Iman vs Kufur

(klik gambar)

Pemikiran orang disekeliling memang sukar kita ramalkan. Jauh di sebuah sudut, terdapat pemikiran yang sebenarnya agak berbahaya bukan sahaja kepada pemikirnya, bahkan kepada orang sekeliling yang bakal dipengaruhinya. Bagaimana seseorang itu berfikir, mungkin tercetus dari pemikiran logik manusia. Namun, apa yang kita perlu ambil kira adalah pemikiran/akal manusia adalah terbatas. Terdapat perkara yang tidak dapat dicapai oleh akal kita.

Suka saya untuk berkongsi pengalaman perbincangan saya bersama Hadi (bukan nama sebenar). Hadi seorang yang peramah, menghormati orang sekeliling, suka membantu dan berfikiran kreatif. Walau bagaimanapun, saya agak terkejut dengan apa yang diperkatakan tentang kebaikan dan keburukan menurut pandangannya.

Hadi berpendapat bahawa perkara keburukan dan kebaikan itu adalah sepenuhnya aturan oleh Allah SWT. Seseorang yang menjadi jahat adalah ketentuan Allah SWT (kerana Allah mengizinkannya). Maka, kita sebagai manusia perlu berdoa untuk dimasukkan ke syurga. Manusia tidak perlu risau samada dia baik atau jahat kerana akhirnya, Allah SWT yang akan menentukan seseorang itu untuk menginap di syurga atau neraka. Manusia sebenarnya tidak mempunyai nilai.

Saya agak risau dengan cara Hadi berfikir kerana Allahu Taala memberi kebebasan kepada kita untuk membuat pilihan samada memilih jalan kebaikan ataupun jalan keburukan. Kita boleh merujuk Al-Quran (as-Syams: 8-10).

Terdapat beberapa perkara yang kita harus perhatikan. Walaupun Allah SWT memberikan tawaran untuk manusia memilih, Allah SWT tidak membiarkan kita terkapai-kapai mencari kebenaran. Allah SWT Maha Penyayang dan Dialah yang memberikan petunjuk. Allah SWT menunjukkan jalan kebenaran kepada kita dengan menjadikan Muhammad sebagai Rasulullah. Rasulullah menyampaikan segala ilmu tentang kebaikan dan keburukan. Kita juga harus sedar bahawa Allah SWT juga memberikan kita segala potensi hati, akal dan jasad di mana menjadikan kita mampu berfikir tentang keburukan dan kebaikan serta memilih salah satunya.

(klik gambar)

(klik gambar)

~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...