Kita Bebas Memilih: Iman vs Kufur

(klik gambar)

Pemikiran orang disekeliling memang sukar kita ramalkan. Jauh di sebuah sudut, terdapat pemikiran yang sebenarnya agak berbahaya bukan sahaja kepada pemikirnya, bahkan kepada orang sekeliling yang bakal dipengaruhinya. Bagaimana seseorang itu berfikir, mungkin tercetus dari pemikiran logik manusia. Namun, apa yang kita perlu ambil kira adalah pemikiran/akal manusia adalah terbatas. Terdapat perkara yang tidak dapat dicapai oleh akal kita.

Suka saya untuk berkongsi pengalaman perbincangan saya bersama Hadi (bukan nama sebenar). Hadi seorang yang peramah, menghormati orang sekeliling, suka membantu dan berfikiran kreatif. Walau bagaimanapun, saya agak terkejut dengan apa yang diperkatakan tentang kebaikan dan keburukan menurut pandangannya.

Hadi berpendapat bahawa perkara keburukan dan kebaikan itu adalah sepenuhnya aturan oleh Allah SWT. Seseorang yang menjadi jahat adalah ketentuan Allah SWT (kerana Allah mengizinkannya). Maka, kita sebagai manusia perlu berdoa untuk dimasukkan ke syurga. Manusia tidak perlu risau samada dia baik atau jahat kerana akhirnya, Allah SWT yang akan menentukan seseorang itu untuk menginap di syurga atau neraka. Manusia sebenarnya tidak mempunyai nilai.

Saya agak risau dengan cara Hadi berfikir kerana Allahu Taala memberi kebebasan kepada kita untuk membuat pilihan samada memilih jalan kebaikan ataupun jalan keburukan. Kita boleh merujuk Al-Quran (as-Syams: 8-10).

Terdapat beberapa perkara yang kita harus perhatikan. Walaupun Allah SWT memberikan tawaran untuk manusia memilih, Allah SWT tidak membiarkan kita terkapai-kapai mencari kebenaran. Allah SWT Maha Penyayang dan Dialah yang memberikan petunjuk. Allah SWT menunjukkan jalan kebenaran kepada kita dengan menjadikan Muhammad sebagai Rasulullah. Rasulullah menyampaikan segala ilmu tentang kebaikan dan keburukan. Kita juga harus sedar bahawa Allah SWT juga memberikan kita segala potensi hati, akal dan jasad di mana menjadikan kita mampu berfikir tentang keburukan dan kebaikan serta memilih salah satunya.

(klik gambar)

(klik gambar)

~~~

1 comments:

Anonymous said...

Kak Huda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...