Hiburan Islami: Showcase Maher Zain

"Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah,
Hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah...."

Alhamdulillah, pada 15 Oktober lalu, saya dan ezart berkesempatan ke konsert Maher Zain yang dianjurkan oleh Raudhatus Sakinah (sebuah pusat perlindungan dan bimbingan remaja putri). Kesibukan kami dengan kerja-kerja akademik terlerai seketika dengan hiburan islami dan penuh dengan mesej.

Pada mulanya, kami memang tidak bercadang untuk pergi ke konsert tersebut atas kesibukan kami. Beberapa hari selepas itu, kami diberitahu bahawa semua tiket telah habis dijual...Jadi, kamipun meneruskan kesibukan kami seperti hari-hari sebelumnya.

Hendak dijadikan cerita, seorang adik yang tinggal serumah dengan kami memberitahu ada kawan yang tidak jadi ke konsert, tetapi telah membeli tiket. Setelah berbincang, kamipun membeli tiket tersebut. Akhirnya, pergi juga kami ke sana.

Konsert ini adalah salah satu usaha Raudhatus Sakinah mencari dana untuk mengurus pusat perlindungan RS. Bukan senang nak mengurus dan membiayai semua kos-kos pelatih di sana. Saya berharap semua..maksud saya, SEMUA remaja putri dan wanita-wanita di luar sana untuk sentiasa menjaga diri, maruah, minda dan hati.

Mari kita doakan agar RS diTUTUP dan diHENTIKAN operasinya. Bukan berhenti kerana tidak peduli, bukan ditutup kerana tak berduit lagi TETAPI ketika itu...

tiada lagi remaja putri terlanjur diri,
tiada lagi remaja putri membuang bayi,
tiada lagi remaja putri bergaul bebas dengan lelaki,
tiada lagi remaja putri berfikir hendak bunuh diri,
tiada lagi remaja putri yang keluarganya tidak ambil peduli,
tiada lagi remaja putri pesong akidahnya dari hati...

Semoga ini menjadi kenyataan...



[bersama Ezart]


~~~

Umar & Aisha

Hmmm... Raya yang lepas, saya berpeluang jumpa anak-anak saudara. Dah lama tak jumpa mereka. Umar sudah petah berkata-kata dan Aisha pula semakin aktif berlari sini sana.


Antara kisah tentang mereka waktu raya:


1) Umar sungguh takut berdiri dekat kambing tapi Aisha masih boleh tersenyum.

2) Kedua-duanya takut kucing.

3) Aisha suka bermain dengan sikat dan menjilat bedak (bahaya sungguh). Tapi yang kelakarnya, ada satu hari tu Aisha jilat pipi abah dia...kelakar betul..

4) Ketika mandikan Umar di bilik air, dia memberitahu saya bahawa dia mahu jadi ustaz. Sejuk hati saya mendengar. Tiba-tiba Umar bertakbir dengan suara yang lantang "Allahu Akbar!". Dia berkata lagi "Alaa... ustaz yang dengan ular emas tu". Rupa-rupanya dia berada di bawah pengaruh drama TV. Hmmm...bagus juga kalau mesej yang diterima baik.... Nasib baik dia tak cakap nak jadi bomoh ular tu...Heee

5) Adakalanya Umar dan Aisha bergaduh-gaduh manja. Aisha tarik rambut Umar. Umar terus nangis. Nakal juga Aisha ni.

6) Kami sekeluarga dan saudara mara dah lama tak main bunga api dan mercun. Maklumlah, kesedaran dan semakin bertambah. Bila tak main bunga api, barang permainan Umar adalah kamera. Umar selalu cakap " Nak kamera besar, nak kamera besar...."

7) Raya kali ini sangat seronok. Terasa hubungan keluarga yang semakin erat dan bertaut. Alhamdulillah.... 



Umar Aleef



Aisha Kamilah


Sekitar Aidilfitri


~~~


Salam Aidilfitri

Salam... rasanya tak terlewat lagi untuk saya ucapkan salam lebaran untuk semua. Saya ambil kesempatan ini untuk mohon maaf dari semua sahabat handai atau sesiapa jua yang kenal diri saya. Semoga Ramadhan yang lalu mendidik jiwa kita menjadi seorang Muslim yang bertaqwa..,

UniGoogle 2010


Jom meriahkan unigoogle tahun ini!!!

Sampaikanlah

Misi ke Syurga

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan mereka syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh......."

AlQuran 9:111






Bertanya Sebanyaknya

Hakikat budaya malas membaca dikalangan masyarakat kita memang sudah jelas. Jadi, salah satu cara yang boleh kita lakukan bagi mendapatkan ilmu adalah dengan banyak bertanya. Walau bagaimanapun, bertanyalah kepada mereka yang sesuai. Jangan tanya tentang sesuatu perkara kepada orang yang tiada urusan dengan perkara itu atau kepada mereka yang membawa ajaran songsang Bijak memilih, bijak berkawan, bijak bertanya.


*Apapun, janganlah tidak membaca langsung....rugi bila kita tidak gunakan pinjaman Allah pada kita. Mata untuk membaca, tangan untuk pegang buku, minda untuk berfikir dan sebagainya...


Klik imej

Klik imej

Klik imej

Klik imej



~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...