Senyumlah!

Senyum seindah suria
yang membawa cahaya
kau tersenyum
ku tersenyum
duniapun berseri
~~~

Hmm...rangkap lagu di atas cukup popular ketika zaman kanak-kanak saya. Setiap kali klip videonya tertera di kaca tv, saya akan turut menyanyi. Ramai yang menyangka senyum itu mudah namun, ramai juga yang mengambil remeh tentangnya.

Rasulullah SAW bersabda:

"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Senyum itu merupakan sedekah pada si pemberi dan merupakan penawar bagi si penerima .




~~~

Tidur oh tidur....

Musim cuti siswa siswi IPT telah lama bermula. Pada kebiasaannya, tentu ada di antara kita yang menghabiskan masa dengan bermain PS, berseronok, jalan-jalan, tengok wayang dan macam-macam lagi. Ada juga yang mempunyai misi berbakti kepada ibubapa sempena cuti mereka. Baguslah kalau begitu. Bila lagi ada masa bersama keluarga,kan? Apa yang saya sendiri takuti adalah apabila terlalu banyak tidur. Sekiranya kita tidak merancang aktiviti dengan baik, kita akan ada banyak masa terluang dan apabila terlalu banyak ruang kosong, mulalah berasa bosan dan mengisinya dengan tidur... Jadi, sama-samalah mengisi masa kita dengan sesuatu yang berfaedah..





~~~

Ole-ole Singapura

Salam...

Alhamdulillah, saya berpeluang ke Singapura buat kali kedua. Saya bersama teman-teman yang lainnya dapat berjumpa ramai sahabat di Singapura dan kami disambut dengan baik sekali. Sempena ziarah saya ke sana, saya berpeluang mengambil gambar pemandangan yang indah. Subhanallah!! Pemandangan yang sungguh mengkagumkan, bukti kekuasaanNya.

Inilah ole-ole dari saya. Beberapa gambar yang saya edit. Anda boleh simpan gambar ini untuk dijadikan latarbelakang desktop anda. Sekiranya anda mahu, silakan.


Nama: Cari Motivasi
Tempat: Nanyang Technological University
Nota:

Kata-kata yang tertera dipetik dari H.M Tuah Iskandar, seorang penulis dan ahli motivasi. Ulasan dari kacamata saya, sebagai seorang pelajar, anak, ibu, ayah mahupun siapa sahaja, kita haruslah sentiasa kuat dan berusaha untuk menjalani kehidupan. Andai kata kita berasa letih dan tidak kuat lagi, carilah motivasi diri agar mampu bangkit kembali....Apapun, semuanya terjadi atas keizinanNya. Tuhan yang Maha Hebat, Maha Berkuasa dan Maha Pemberi Rahmat...

Hasil:


----------------------------------------------


Nama: Making Choices
Tempat: Bedok Reservoir Park
Nota:

Kehidupan ini sentiasa penuh dengan pilihan. Pilihan untuk taat kepada agama, atau ingkar kepada agama. Pilihan untuk menyayangi keluarga atau membenci mereka. Pilihan untuk membantu agama atau menyepikan diri sahaja tanpa berbuat apa. Semuanya pasti ada pilihan. Berbekalkan akal dan hati, buatlah pilihan yang terbaik untuk diri anda agar tiada penyesalan di hari muka.

Hasil:


----------------------------------------------


Nama: Perfect Religion
Tempat: Arab Street
Nota:

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai Allahu Taala. Sekiranya anda telahpun muslim, dalamilah agama ini dan sekiranya anda belum Islam, belajarlah tentang agama ini. Pasti anda akan menemukan keindahan...Janganlah terus menolak Islam sekiranya anda belum pernah mengenalinya......

Hasil:


----------------------------------------------



----------------------------------------------


Nama: Sujud
Tempat: Masjid Al-Kaff Kampung Melayu
Nota:

Sebagai hambaNya, janganlah sekali-kali kita berasa sombong dan bongkak. Berjalan di bumi Pencipta dengan mendabik dada. Sekiranya kita memiliki kejayaan, kekayaan mahupun kemasyhuran, ingatlah..semuanya adalah dengan izin Allah. Tunduklah dan sujudlah kepadaNya dengan rasa penuh syukur dan rendah diri.

Hasil:


----------------------------------------------

~~~

Hiburan Islami: Showcase Maher Zain

"Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah,
Hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah...."

Alhamdulillah, pada 15 Oktober lalu, saya dan ezart berkesempatan ke konsert Maher Zain yang dianjurkan oleh Raudhatus Sakinah (sebuah pusat perlindungan dan bimbingan remaja putri). Kesibukan kami dengan kerja-kerja akademik terlerai seketika dengan hiburan islami dan penuh dengan mesej.

Pada mulanya, kami memang tidak bercadang untuk pergi ke konsert tersebut atas kesibukan kami. Beberapa hari selepas itu, kami diberitahu bahawa semua tiket telah habis dijual...Jadi, kamipun meneruskan kesibukan kami seperti hari-hari sebelumnya.

Hendak dijadikan cerita, seorang adik yang tinggal serumah dengan kami memberitahu ada kawan yang tidak jadi ke konsert, tetapi telah membeli tiket. Setelah berbincang, kamipun membeli tiket tersebut. Akhirnya, pergi juga kami ke sana.

Konsert ini adalah salah satu usaha Raudhatus Sakinah mencari dana untuk mengurus pusat perlindungan RS. Bukan senang nak mengurus dan membiayai semua kos-kos pelatih di sana. Saya berharap semua..maksud saya, SEMUA remaja putri dan wanita-wanita di luar sana untuk sentiasa menjaga diri, maruah, minda dan hati.

Mari kita doakan agar RS diTUTUP dan diHENTIKAN operasinya. Bukan berhenti kerana tidak peduli, bukan ditutup kerana tak berduit lagi TETAPI ketika itu...

tiada lagi remaja putri terlanjur diri,
tiada lagi remaja putri membuang bayi,
tiada lagi remaja putri bergaul bebas dengan lelaki,
tiada lagi remaja putri berfikir hendak bunuh diri,
tiada lagi remaja putri yang keluarganya tidak ambil peduli,
tiada lagi remaja putri pesong akidahnya dari hati...

Semoga ini menjadi kenyataan...



[bersama Ezart]


~~~

Umar & Aisha

Hmmm... Raya yang lepas, saya berpeluang jumpa anak-anak saudara. Dah lama tak jumpa mereka. Umar sudah petah berkata-kata dan Aisha pula semakin aktif berlari sini sana.


Antara kisah tentang mereka waktu raya:


1) Umar sungguh takut berdiri dekat kambing tapi Aisha masih boleh tersenyum.

2) Kedua-duanya takut kucing.

3) Aisha suka bermain dengan sikat dan menjilat bedak (bahaya sungguh). Tapi yang kelakarnya, ada satu hari tu Aisha jilat pipi abah dia...kelakar betul..

4) Ketika mandikan Umar di bilik air, dia memberitahu saya bahawa dia mahu jadi ustaz. Sejuk hati saya mendengar. Tiba-tiba Umar bertakbir dengan suara yang lantang "Allahu Akbar!". Dia berkata lagi "Alaa... ustaz yang dengan ular emas tu". Rupa-rupanya dia berada di bawah pengaruh drama TV. Hmmm...bagus juga kalau mesej yang diterima baik.... Nasib baik dia tak cakap nak jadi bomoh ular tu...Heee

5) Adakalanya Umar dan Aisha bergaduh-gaduh manja. Aisha tarik rambut Umar. Umar terus nangis. Nakal juga Aisha ni.

6) Kami sekeluarga dan saudara mara dah lama tak main bunga api dan mercun. Maklumlah, kesedaran dan semakin bertambah. Bila tak main bunga api, barang permainan Umar adalah kamera. Umar selalu cakap " Nak kamera besar, nak kamera besar...."

7) Raya kali ini sangat seronok. Terasa hubungan keluarga yang semakin erat dan bertaut. Alhamdulillah.... 



Umar Aleef



Aisha Kamilah


Sekitar Aidilfitri


~~~


Salam Aidilfitri

Salam... rasanya tak terlewat lagi untuk saya ucapkan salam lebaran untuk semua. Saya ambil kesempatan ini untuk mohon maaf dari semua sahabat handai atau sesiapa jua yang kenal diri saya. Semoga Ramadhan yang lalu mendidik jiwa kita menjadi seorang Muslim yang bertaqwa..,

UniGoogle 2010


Jom meriahkan unigoogle tahun ini!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...